awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lembu 'sado' seberat 800 kilogram curi tumpuan pada program korban

Bernama
Bernama
22/07/2021
09:37 MYT
Lembu 'sado' seberat 800 kilogram curi tumpuan pada program korban
Lembu tersebut antara enam ekor lembu yang disembelih pada Program Korban Gunung Semanggol di Markas Pas Masjid Tinggi hari ini. - Bernama
BAGAN SERAI: Seekor lembu jantan 'sado' seberat 800 kilogram mencuri tumpuan dalam satu program korban di sini berikutan fizikalnya selain berat yang boleh menyamai empat ekor lembu saiz biasa.
Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak Razman Zakaria berkata, lembu tersebut antara enam ekor lembu yang disembelih pada Program Korban Gunung Semanggol di Markas Pas Masjid Tinggi hari ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gunung Semanggol berkata, lembu baka Charolais itu yang dibeli pada harga mencecah RM20,000, berjaya disembelih dengan sempurna meskipun saiznya yang besar.
Menurut beliau sebanyak 70 bungkus daging lembu itu diagihkan kepada penduduk sekitar termasuklah penduduk di Kampung Tersusun Pondok Tanjung dan Kampung Lubok Binjai yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak Selasa lepas.
"Kita agihkan daging korban kerana penduduk terlibat tidak dapat keluar dari rumah dan tidak dapat menikmati suasana sambutan Aidiladha," katanya yang optimis ternakan lembu sado mempunyai pasaran yang baik di negeri ini seperti yang telah dilaksanakan di Terengganu.
Dalam pada itu, Razman berkata susulan lambakan durian pada Hari Raya Aidiladha, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) merancang untuk membeli lebih banyak raja buah tersebut bagi membantu peniaga daripada mengalami kerugian.
Beliau berkata kerajaan negeri sedar terhadap masalah dihadapi peniaga durian terlibat yang memerlukan campur tangan dan penyelesaian bagi memberikan situasi menang-menang untuk semua pihak termasuk para pembeli.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#korban
#lembu
#lembu sado
#Aidiladha
#program korban
#masjid tinggi
#Perak
#baka charolais
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan