awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lembu sendawa: New Zealand rancang kenakan cukai

Agensi
Agensi
10/06/2022
10:29 MYT
Lembu sendawa: New Zealand rancang kenakan cukai
New Zealand memiliki kira-kira 10 juta lembu dan 26 juta biri-biri. - ETX STUDIO
WELLINGTON: New Zealand mendedahkan perancangan untuk mengenakan cukai sendawa bagi haiwan ternakan iaitu biri-biri dan lembu, dalam usaha untuk menangani pelepasan salah satu sumber terbesar gas rumah hijau di negara itu.
Ini akan menjadikannya negara pertama yang mengenakan cukai terhadap penternak bagi pelepasan metana daripada haiwan ternakan mereka.
New Zealand memiliki kira-kira 10 juta lembu dan 26 juta biri-biri.
Hampir separuh pelepasan gas rumah hijau negara itu datang daripada pertanian dan penternakan, terutamanya metana.
Bagaimanapun, pelepasan gas pertanian dan penternakan sebelum ini tidak dimasukkan dalam skim perdagangan pelepasan New Zealand, dengan beberapa pihak menggesa kerajaan lebih bersungguh-sungguh bagi menghentikan pemanasan global.
"Tidak ada persoalan yang kita perlu mengurangkan pelepasan metana, dan sistem penetapan cukai yang berkesan akan memainkan peranan penting untuk kita mencapainya," kata Menteri Perubahan Iklim, James Shaw.
Di bawah cadangan itu, penternak perlu membayar cukai pelepasan gas mulai 2025.
Pelan itu juga termasuk insentif untuk penternak yang berjaya mengurangkan pelepasan gas melalui bahan tambahan makanan, atau menjalankan cara pertanian yang mampu mengimbangi pelepasan gas.
Metana ialah gas rumah hijau kedua paling biasa selepas karbon dioksida (CO2), dan merupakan satu pertiga daripada punca pemanasan yang terjadi akibat aktiviti manusia.
Topic Berkaitan
#New Zealand
#haiwan ternakan
#biri-biri
#lembu
#metana
#cukai
#sendawa
#Rumah Hijau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan