MALAYSIA
Lencongan berkala sempena MotoGP dan Sidang Kemuncak ASEAN
Azman bercakap pada sidang media mengenai Taklimat trafik dan keselamatan sempena perlumbaan MotoGP 2025 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang hari ini. - Foto Bernama
SEPANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan beberapa lencongan jalan secara berkala, berikutan pertindihan acara perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia Grand Prix (MotoGP) Malaysia dengan Sidang Kemuncak ASEAN, terutama pada 26 Okt.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah KLIA ACP Azman Shari'at berkata langkah itu, akan dilaksanakan mengikut masa ketibaan ketua-ketua negara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke ibu negara, bagi menghadiri sidang kemuncak berkenaan.
"PDRM khususnya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik akan membuat lencongan bergantung kepada keperluan semasa, pada masa tertentu sahaja, bukan pada sepanjang masa," katanya kepada pemberita selepas taklimat trafik dan keselamatan sempena perlumbaan MotoGP 2025 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.
Beliau menasihatkan pengunjung MotoGP supaya mematuhi arahan anggota trafik yang ditempatkan di semua persimpangan dan laluan utama, selain menggalakkan penggunaan pengangkutan awam seperti kereta api atau bas khas yang disediakan bagi mengelakkan kesesakan.
Azman berkata sebanyak 450 anggota polis, akan ditugaskan sepanjang acara berlangsung bagi memastikan kelancaran trafik, ketenteraman awam dan pencegahan jenayah, termasuk membuat rondaan bersama pihak keselamatan SIC untuk membantu menjaga keselamatan ramai.
Mengenai laluan alternatif, beliau berkata antara jalan yang boleh digunakan sekiranya berlaku penutupan sementara ialah Plaza Tol Bandar Serenia, Plaza Tol Nilai dan Plaza Tol Bandar Ainsdale untuk ke SIC.
Azman berkata Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijadualkan tiba di KLIA pada 26 Okt, namun waktu ketibaannya masih belum dimuktamadkan.
"Setakat ini maklumat yang diterima dia akan turun di KLIA dan kita akan buat lencongan jalan mengikut kesesuaian dan keperluan pada masa tersebut," katanya.
MotoGP 2025 dijadual berlangsung dari 24 hingga 26 Okt, manakala Sidang Kemuncak ASEAN akan diadakan dari 26 hingga 28 Okt.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- PDRM akan melaksanakan lencongan jalan secara berkala pada 26 Oktober sempena pertindihan acara MotoGP Malaysia 2025 dan Sidang Kemuncak ASEAN, bergantung kepada ketibaan ketua-ketua negara di KLIA.
- Sebanyak 450 anggota polis ditugaskan untuk kawalan trafik dan keselamatan sepanjang acara; orang ramai dinasihatkan guna pengangkutan awam dan patuhi arahan trafik.
- Antara laluan alternatif termasuk Plaza Tol Bandar Serenia, Nilai dan Ainsdale; Presiden AS Donald Trump dijangka tiba di KLIA pada 26 Oktober, dengan lencongan jalan akan disesuaikan mengikut keperluan.