awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lengkap vaksinasi: Bilangan penumpang ikut kapasiti kenderaan - MKN

Bernama
Bernama
21/08/2021
13:14 MYT
Lengkap vaksinasi: Bilangan penumpang ikut kapasiti kenderaan -  MKN
Kebenaran yang berkuat kuasa mulai semalam itu dikongsi MKN melalui aplikasi Telegram hari ini mengenai 'PPN - SOP Fasa 1.' - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jumlah penumpang di dalam kenderaan bagi mereka yang telah lengkap dua dos vaksin kini dibenarkan mengikut kapasiti tempat duduk kenderaan di negeri-negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Kebenaran yang berkuat kuasa mulai semalam itu dikongsi Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui aplikasi Telegram hari ini mengenai 'PPN - prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1.'
Pergerakan rentas daerah dan negeri bagaimanapun masih tidak dibenarkan kecuali bagi pasangan jarak jauh, melawat anak bawah 18 tahun dan individu yang diluluskan pergerakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) serta polis.
Bagi mereka yang belum mendapat dos vaksin lengkap, SOP yang dikenakan tidak berubah iaitu hanya dua wakil isi rumah dibenar keluar untuk mendapatkan keperluan asas dan maksimum tiga orang termasuk pesakit dibenar untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan, perubatan, ujian saringan, program vaksinasi, keselamatan atau kecemasan.
Menurut MKN, bilangan penumpang dalam teksi dan kenderaan e-hailing dihadkan kepada dua orang termasuk pemandu, dan penumpang harus duduk di bahagian belakang.
Bagi kenderaan yang membawa barangan serta rantaian aktiviti ekonomi atau industri (kecuali pengangkutan pekerja), kapasitinya bergantung kepada lesen pendaftaran kenderaan dan bagi kenderaan jabatan atau kereta rasmi jabatan, bilangan orang yang dibenarkan adalah berdasarkan kapasiti kenderaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SOP
#kenderaan
#Kapasiti
#vaksinasi
#had penumpang
#kelonggaran
#COVID-19
#PPN
#MKN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan