awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lengkap vaksinasi: Kerajaan pertimbang rentas negeri bertemu keluarga - TPM

Astro Awani
Astro Awani
22/07/2021
08:06 MYT
Lengkap vaksinasi: Kerajaan pertimbang rentas negeri bertemu keluarga - TPM
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau sering membawa isu itu dalam mesyuarat Majlis Kelematan Negara (MKN) supaya kelonggaran bertemu keluarga dapat dipertimbangkan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memperhalusi cadangan membenarkan pasangan atau keluarga jarak jauh yang telah lengkap dua dos vaksin COVID-19 merentas negeri bertemu keluarga.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau sering membawa isu itu dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya kelonggaran bertemu keluarga dapat dipertimbangkan.
"Sebagai seorang bapa, saya sedar betapa pentingnya institusi kekeluargaan itu kepada manusia.
"Walaupun atas faktor keselamatan, ibu atau bapa tidak sepatutnya terpaksa berpisah dengan anak-anak dalam tempoh yang terlalu lama.
"Lebih-lebih lagi jika ibu bapa berkenaan sudah pun menerima dua dos vaksin," katanya menerusi muat naik status di media sosial.
Sumber Facebook ismailsabri60
Beliau memberi reaksi berkenaan susulan komen-komen yang diberikan netizen di media sosial yang menyuarakan keluhan pasangan jarak jauh atau ibu bapa yang terpisah dari anak-anak kerana larangan merentas negeri.
Ismail Sabri sebelum ini berkata kelonggaran kepada penerima dua dos vaksin COVID-19 akan diumumkan selepas Hari Raya Aidiladha.
Ketika ini, jelas beliau kajian teliti sedang dilakukan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) sebelum dibentangkan kepada kerajaan.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#media sosial
#rentas negeri
#COVID-19
#Timbalan Perdana Menteri
#vaksin
#MKN
#Aidiladha
#pasangan jarak jauh
#TPM
#Ismail Sabri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan