awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lengkapkan penjawat awam dengan pengetahuan digital perlu diutamakan - Cuepacs

Bernama
Bernama
22/01/2024
09:31 MYT
Lengkapkan penjawat awam dengan pengetahuan digital perlu diutamakan - Cuepacs
Adnan berkata penglibatan penjawat awam dalam program pembelajaran dalam talian 'AI Untuk Rakyat' yang dilaksanakan sebagai panduan kepada agensi kerajaan bagi memacu agenda digital. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Usaha melengkapkan penjawat awam dengan pengetahuan digital perlu diutamakan bagi memastikan kejayaan pelaksanaan inisiaitif pendigitalan perkhidmatan awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Dr Adnan Mat.
Beliau berkata penglibatan penjawat awam dalam program pembelajaran dalam talian 'AI Untuk Rakyat' yang dilaksanakan sebagai panduan kepada agensi kerajaan bagi memacu agenda digital merupakan langkah positif ke arah menjayakan inisiatif itu.
"Cuepacs merasakan penglibatan penjawat awam dalam program ini akan memberi kesan positif serta nilai tambah yang baik kepada sistem penyampaian perkhidmatan awam.
"(Teknologi) AI atau kecerdasan buatan merupakan suatu bidang yang mesti dikuasai oleh penjawat awam kerana ia mampu meningkatkan kecekapan dalam memproses sesuatu data selain memberi impak besar kepada pelaksanaan dasar dan penyampaian perkhidmatan dalam pelbagai cara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Adnan berkata sebagai kumpulan yang melaksanakan dasar kerajaan, penjawat awam bertanggungjawab mendahului apa juga inisiatif yang dibawa kerajaan termasuk AI Untuk Rakyat, justeru menyeru semua ketua jabatan memastikan masa yang sesuai disusun bagi kakitangan melengkapkannya.
Terdahulu, semua penjawat awam di peringkat Persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan diarah menyelesaikan program AI Untuk Rakyat menerusi surat pekeliling yang dikeluarkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz pada 17 Jan lepas.
Ia boleh diakses melalui www.ai.gov.my dalam bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, serta Tamil, dan ia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 'AI Aware' dan 'AI Appreciate'.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuepacs
#penjawat awam
#surat pekeliling
#agenda sigital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan