awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lenovo umum enjin baharu dikuasakan AI bagi bantu perniagaan kurangkan jejak IT

Bernama
Bernama
27/05/2024
20:20 MYT
Lenovo umum enjin baharu dikuasakan AI bagi bantu perniagaan kurangkan jejak IT
Lenovo berkata ia komited untuk mencapai pelepasan sifar bersih gas rumah hijau (GHG) menjelang 2050, dengan sasaran berasaskan sains disahkan melalui inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (SBTi) Standard Sifar Bersih.
KUALA LUMPUR: Syarikat teknologi global Lenovo mengumumkan Lenovo Intelligent Sustainability Solutions Advisor (LISSA) baharunya, iaitu enjin kemampanan dikuasakan dengan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkasakan perniagaan dalam membantu membuat lebih banyak keputusan yang dipacu data dan mampan untuk pembelian teknologi maklumat (IT) .
Dalam satu kenyataan pada Isnin, Lenovo berkata LISSA memberikan pelanggan cerapan kemampanan yang boleh bertindak untuk memahami anggaran kesan pelepasan mereka merentas kitaran hayat IT dan menggunakan penyelesaian tersuai yang selaras dengan matlamat kemampanan mereka.
"Melalui AI generatif, LISSA menawarkan keterlihatan ke dalam anggaran pelepasan karbon yang dikaitkan dengan pelbagai penyelesaian kemampanan Lenovo seperti "TruScale Device as a Service (DaaS)", pemulihan aset, kecekapan pembungkusan, pilihan penghantaran rendah karbon, lanjutan kitaran hayat, pengubahsuaian yang diperakui dan banyak lagi.
"Selain itu, LISSA membantu mensimulasikan pelbagai laluan penyelesaian dan mengenal pasti peluang pengurangan pelepasan yang berpotensi menyokong matlamat penyahkarbonan IT pelanggan di tempat kerja digital," katanya.
Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Kemampanan Global Lenovo Claudia Contreras berkata LISSA ialah keupayaan baharu dalam portfolio kemampanan syarikat yang semakin berkembang dan melengkapi pelanggan dengan data dan cadangan dikuasakan AI untuk membimbing keputusan pembelian IT mereka.
"Di Lenovo, kami ingin menekankan bahawa kemampanan adalah keperluan untuk perniagaan dan menjadi tumpuan utama dalam kalangan pemimpin di semua industri.
"Dengan membawa sifat kemampanan, kami membolehkan pelanggan membuka peluang pengurangan pelepasan yang berpotensi dan menggunakan penyelesaian IT yang membantu memacu matlamat kemampanan," katanya.
Lenovo berkata ia komited untuk mencapai pelepasan sifar bersih gas rumah hijau (GHG) menjelang 2050, dengan sasaran berasaskan sains disahkan melalui inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (SBTi) Standard Sifar Bersih.
Ia menambah melalui LISSA, syarikat itu juga berusaha untuk memperkasakan pelanggan bagi membuat pilihan IT yang lebih mampan disokong oleh data dan membantu memacu hasil yang boleh diukur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AI Generatif
#LENOVO
#LISSA
#Teknologi Maklumat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan