awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Liga Super: Subramaniam ikut jejak Devan tinggalkan Melaka
Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak

Aida Aziz
Aida Aziz
28/12/2025
23:45 MYT
Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak
Menurut Nor Hisham, Bazar Lama Kampar yang terbakar baru-baru ini sudah dalam perancangan untuk dimasukkan dalam Jejak Warisan Kampar susulan nilai sejarah yang ada padanya dan kawasan sekitar. - Foto Kenny Kong
KAMPAR: Bazar Lama Kampar atau nama asalnya Koong Peng Bazaar yang musnah dalam kejadian kebakaran baru-baru ini begitu meninggalkan kesan kepada para penduduk, khususnya mereka yang ada kenangan membeli-belah di sini.

Ringkasan AI
  • Bazar Lama Kampar, sinonim dengan Bazar Bulat di Ipoh dan Bazar Taiping, terbakar baru-baru ini, meninggalkan kesan mendalam terhadap penduduk yang membesar di situ.
  • Dibina semula pada 1964 selepas kebakaran 1963, bazar ini menjadi tempat carian utama penduduk Kampar untuk barangan seperti pakaian, kelengkapan sekolah, dan perayaan.
  • Kehilangan bazar ini dilihat sebagai kerugian sejarah dan warisan bagi Perak, dengan cadangan untuk memasukkannya dalam Jejak Warisan Kampar demi memelihara nilai sejarahnya.

Bazar berdekatan Jalan Idris ini boleh dikatakan sinonim dengan Bazar Bulat di Ipoh dan Bazar Taiping, yang menyaksikan ramai orang berkunjung untuk mendapatkan barangan seperti kelengkapan sekolah dan pakaian harian.
Setiausaha Persatuan Warisan Perak, Nor Hisham Zulkiflee berkata, bazar ini dibina semula pada Mei 1964 selepas musnah terbakar pada September 1963.
"Bazar ini mempunyai ciri rekaan yang unik dan cukup terkenal di Kampar suatu ketika dahulu sehinggalah sekarang. Boleh dikatakan, ia merupakan bangunan yang sarat dengan sejarah.
"Kita boleh nampak ramai masyarakat berbilang kaum di Kampar yang melahirkan rasa sedih apabila bazar itu musnah. Ia pernah menjadi tempat untuk orang ramai cari pakaian sekolah, pakaian pelbagai perayaan kerana ada tukang jahit di sini.
"Banyak lot di sini dengan kedai seperti salun, kedai kain, kedai buku, kedai kasut dan kedai menjahit pakaian," katanya kepada Astro AWANI.
- Foto Kenny Kong
- Foto Kenny Kong
Tambahnya, bazar itu bukan hanya menjadi tumpuan penduduk Kampar, malah ia turut dikunjungi pelanggan dari Chikus dan Chenderong Balai pada suatu masa dahulu.
Sebelum terbakar baru-baru ini, bazar ini masih mempunyai beberapa peniaga yang aktif menjalankan perniagaan.
"Banyak nostalgianya bagi generasi tahun 70 hingga 90-an. Apabila buka sekolah, ramai ibu bapa akan menyerbu bazar ini untuk mencari kelengkapan sekolah. Kedudukannya pula dekat dengan pasar besar Kampar," katanya lagi.
- Foto Kenny Kong
- Foto Kenny Kong
Sayangnya, menurut Nor Hisham, bazar ini sudah dalam perancangan untuk dimasukkan dalam Jejak Warisan Kampar susulan nilai sejarah yang ada pada bangunan berkenaan dan kawasan sekitarnya.
"Persatuan kita sudah kenal pasti ia antara bangunan yang berpotensi untuk Jejak Warisan Kampar. Ia satu kehilangan sebenarnya bagi Perak.
"Kita galakkan untuk tingkatkan tahap keselamatan di bangunan lama dan warisan, selain pihak berkuasa dan institusi pendidikan lakukan penyelidikan serta dokumentasi untuk bangunan lama.
"Setidaknya, jika ia musnah, kita ada maklumat untuk membinanya semula," katanya.
- Foto Kenny Kong
- Foto Kenny Kong
- Foto Kenny Kong
- Foto Kenny Kong
Sebelum ini, media melaporkan, bazar yang 100 peratus dibina daripada kayu itu terbakar 90 peratus.
Difahamkan, terdapat 54 unit keseluruhan dan hanya 10 yang masih dibuka untuk perniagaan.
- Foto Kenny Kong
- Foto Kenny Kong
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Bazar Lama Kampar
#bangunan warisan
#Kampar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan