awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia dilantik Presiden UNHRC 2026
Rusia lancar peluru berpandu hipersonik 'Oreshnik' ke atas Ukraine
Amaran ribut petir di empat negeri, Wilayah Persekutuan hingga 7 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lepasan SPM disaran sertai latihan NCER

Mohd Sharkawi Mohd Salehuddin
Mohd Sharkawi Mohd Salehuddin
26/07/2013
00:37 MYT
Lepasan SPM disaran sertai latihan NCER
Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipelawa mengikuti kursus asas kemahiran yang diterajui Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Peserta yang dilatih oleh barisan tenaga kerja pakar syarikat pelabur NCER mampu bergelar tenaga kerja mahir selepas tamat kursus enam bulan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelaksana Koridor Utara (NCIA), Datuk Redza Rafique, pelatih yang berjaya berpeluang menikmati gaji setaraf graduan selepas tamat kursus. Program pelatih ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JKM).
Redza berkata, "Lepasan SPM yang menyertai Sijil Kemahiran Malaysia Tahap satu hingga tiga selama enam bulan meraih pendapatan antara RM1400 sehingga RM2400 sebulan. Sedangkan ada lulusan universiti yang hanya bekerja di kilang gaji memperoleh RM2500 sebulan. Selama lima tahun graduan belajar selepas SPM, tetapi latihan yang NCER sediakan hanyalah untuk tempoh enam bulan."
Untuk fasa kedua pembangunan NCER bagi tempoh 2013 hingga 2020, sebanyak empat perjanjian bernilai RM1.96 bilion dimeterai menerusi kerjasama dengan sektor swasta yang dapat mewujudkan peluang pekerjaan baru yang memerlukan tenaga mahir.
“Kita sediakan kursus berdasarkan keperluan industri kerana kami berurusan dengan industri, oleh itu kami tahu keperluan semasa industri," tambah Redza dalam temubual eksklusif bersama Astro Awani.
Empat projek tersebut ialah Seri Chenang Resort & Spa Langkawi (SCRL) di Kedah; inisiatif tanaman mangga harum manis premium di Perlis; pemasangan alatan kejuruteraan besi di Pulau Pinang; serta pembinaan hotel 4 bintang dan pusat membeli-belah di Taiping, Perak.
Perjanjian-perjanjian tersebut ditandatangani minggu lalu membabitkan pemindahan teknologi dan pengetahuan dari Kanada, Amerika Syarikat dan Jepun.
Topic Berkaitan
#Datuk Redza Rafiq
#latihan
#NCER
#SPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan