NATIONAL
Lepaskan tanggungjawab sebagai pemegang amanah jika tiada lagi kaitan dengan parti - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran Akademi Rel Pahang di Yayasan Pahang hari ini. -Facebook
KUANTAN: Individu yang sudah tidak terlibat dengan parti wajar melepaskan tanggungjawab sebagai pemegang amanah dalam mana-mana organisasi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ringkasan AI
- Individu yang tidak lagi terlibat dengan parti wajar melepaskan tanggungjawab sebagai pemegang amanah.
- UMNO memfailkan saman untuk memindahkan milik tanah kepada parti.
- Ahmad Zahid menyatakan UMNO telah lama mengambil tindakan tersebut, tetapi baru diketengahkan media.
Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas tindakan UMNO memfailkan saman pemula bagi mendapatkan pengisytiharan supaya sebidang tanah di ibu kota berkeluasan 9,723 meter persegi dipindah milik kepada parti.
Tanpa mendedahkan identiti, beliau turut memaklumkan terdapat seorang individu masih tidak menandatangani dokumen untuk melepaskan tanggungjawab sebagai pemegang amanah aset parti, semasa yang lain telah berbuat demikian.
Dalam saman itu UMNO memohon satu perintah bahawa pemilik geran 78154, Lot 40 Seksyen 51, Bandar Kuala Lumpur yang didaftarkan atas nama pemegang-pemegang amanah iaitu Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Tun Musa Hitam, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid dipindahkan kepada UMNO mengikut Fasal 27.1 Perlembagaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dan Seksyen 9 Akta Pertubuhan 1966.
Ahmad Zahid berkata UMNO telah lama mengambil tindakan tersebut dan hanya kini diketengahkan media.
"Lama dah, kenyataan ini baru ditanya hari ini, jadi saya kena jawab," katanya ketika ditanya mengapa baharu kini UMNO mengambil tindakan berkenaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami