MALAYSIA
Les Chanteurs terus menyinar di peringkat antarabangsa, rangkul dua emas, satu perak
Les Chanteurs Senior bawa pulang anugerah emas bagi kategori B5: Pop Vocal Ensemble dalam Festival Koir Antarabangsa Malaysian Choral Eisteddfod (MCE) 2025.
KUALA LUMPUR: Pasukan koir Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (1), Les Chanteurs sekali lagi mengharumkan nama negara dengan meraih dua emas dan satu perak di Malaysian Choral Eisteddfod (MCE) 2025 - International Choir Festival (ICF) yang berlangsung pada 5-9 November.
Les Chanteurs yang diwakili dua kumpulan senior dan junior menampilkan keunikan penyampaian persembahan tersendiri dan mengasyikkan dalam tiga kategori disertai mereka.
Lebih membanggakan, Les Chanteurs Senior yang beraksi dalam dua kategori dan pertama kali menyertai kategori B5: Pop Vocal Ensemble turut meraih emas.
Bersaing dengan kumpulan koir lebih berpengalaman tidak menghalang bakat muda ini menyajikan persembahan yang memukau juri selain mencuri tumpuan penonton yang hadir.
Dibarisi 19 murid berusia antara 10 hingga 12 tahun, dua lagu dijadikan taruhan iaitu Rise Up dan Seindah Biasa, hasil gubahan vokal dan muzik oleh Wong Shen Vee.
Selain itu, Les Chanteurs Senior yang dibarisi 50 murid turut meraih emas bagi kategori Young Children (Championship) menerusi persembahan nyanyian When You Believe dan Irama Warisan Kita (gubahan Wong Shen Vee).
Persembahan mereka diiringi oleh dua pemuzik berpengalaman iaitu Timbalan Dekan (ijazah Tinggi, Penyelidikan & Inovasi) Fakulti Seni Kreatif, Universiti Malaya, Mohd Fairuz Zamani (piano - kategori Young Children’s Choir Championship) dan Hong Le (piano - kategori Pop Vocal Ensemble).
Konduktor Azahar Abdullah yang memimpin pasukan senior menyifatkan kejayaan tersebut adalah hasil kerja keras, disiplin dan semangat luar biasa dalam kalangan ahli pasukan.
“Saya amat bangga dengan keupayaan penyanyi Les Chanteurs dan amat berharap kejayaan ini menjadi inspirasi pasukan untuk lebih berjaya bukan sahaja bersama Les Chanteurs tetapi dalam bidang masing-masing.
“Usaha gigih mereka benar-benar terserlah ketika pertandingan. Kejayaan mereka bukan sahaja hasil bakat semula jadi, tetapi juga dedikasi, kerja keras dan kesungguhan yang konsisten,” katanya di sini, hari ini.
Sementara itu, Les Chanteurs Junior di bawah bimbingan konduktor Rabi’atul Raba’ah Baharudin meraih perak untuk kategori Young Children (Open) malah turut mendapat Anugerah Khas Juri - Artistic Interpretation of Malaysian Music.
Les Chanteurs Junior tampil dengan persembahan bersemangat menerusi dua lagu iaitu Ketipang Intan Payung, digubah khas Ketua Jabatan Muzik dan Pendidikan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Yusran Yusoff dan I’ve Got Joy.
Persembahan pasukan yang terdiri daripada barisan murid tahap satu berusia antara tujuh hingga sembilan tahun itu, diiringi oleh Mohd Fairuz Zamani (piano) dan Ruviyamin Ruslan (pengasas kumpulan No Noise Percussion) untuk perkusi.
“Sebagai tenaga pengajar dan konduktor bagi tahun kedua ini, saya berasa amat berbangga dengan perkembangan serta pencapaian yang telah ditunjukkan kumpulan.
“Kebanyakan ahli bukan daripada kalangan murid yang menerima pendidikan muzik formal, namun melalui kesungguhan, daya tumpuan dan disiplin tinggi, mereka berjaya menampilkan prestasi yang amat membanggakan,” kata Rabi’atul.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah, guru pembimbing Cikgu Adlia Syazanna, serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada anak-anak.
Penganjuran MCE - ICF 2025 menghimpunkan khidmat juri terbaik seluruh dunia antaranya Malaysia, Kanada, Korea Selatan, Indonesia, Hong Kong, Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Belanda dan Filipina.
Pertandingan koir peringkat antarabangsa ini diadakan serentak di tiga venue di Kuala Lumpur; Dewan Filharmonik Petronas, Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPAC) dan Menara KEN Taman Tun Dr Ismail.
Pada MCE-ICF tahun lalu, Les Chanteurs Senior dan Junior mengharumkan nama negara dengan masing-masing meraih pingat emas dan perak.