awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lesen borong beli BPI bantu peniaga kawal kos operasi, tidak naikkan harga nasi

Bernama
Bernama
28/09/2023
10:35 MYT
Lesen borong beli BPI bantu peniaga kawal kos operasi, tidak naikkan harga nasi
KPKM memaklumkan bahawa harga BPT di peringkat runcit masih dikawal pada kadar RM2.60 sekilogram. -Gambar fail/Unsplash
KUALA LUMPUR: Kebenaran pembelian beras putih import (BPI) pada harga borong iaitu RM160 setiap 50 kilogram (kg) kepada persatuan restoran, pengusaha makanan dan penjaja kecil adalah bagi membantu mereka mengawal kos operasi dan memastikan harga nasi tidak dinaikkan.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan memaklumkan usaha itu juga untuk memastikan bekalan beras putih tempatan (BPT) dapat distabilkan dengan mengurangkan pembelian daripada golongan itu bagi kegunaan perniagaan.
"Dalam hal ini, KPKM mengambil langkah berkenaan untuk mengimbangi keperluan beras bagi tujuan perniagaan dan kegunaan isi rumah dalam tempoh permintaan yang tinggi kepada bekalan BPT pada masa ini.
"Persetujuan ini telah dicapai melalui sesi libat urus antara KPKM dan persatuan-persatuan restoran, pengusaha makanan dan penjaja kecil pada 15 Sept 2023," menurut KPKM.
Hal ini susulan kenyataan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad Datuk Ameer Ali Mydin berhubung keputusan berkenaan yang dikhuatiri mewujudkan monopoli, dan cadangannya untuk menaikkan harga siling BPT kepada RM34 setiap 10 kg seperti dilaporkan sebuah portal berita semalam.
Berhubung cadangan menaikkan harga BPT, KPKM memaklumkan bahawa harga BPT di peringkat runcit masih dikawal pada kadar RM2.60 sekilogram sebagaimana tertakluk di bawah Perintah Beras (Kawalan Gred dan Harga) (Pindaan No.4) 2008, Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522].
KPKM pada 24 Sept memutuskan akan memberikan lesen borong kepada pengusaha restoran supaya mereka boleh membeli BPI pada harga borong RM3.20 sekilogram daripada Bernas dan persatuan pengusaha restoran perlu mengemukakan permohonan kepada KPKM untuk mendapatkan lesen borong itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#penjaja kecil
#pengusaha makanan
#beras putih import
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan