PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) memperkenalkan inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran instimewa.
Menteri pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan pembaharuan lesen untuk tempoh 10 tahun itu antara dua inisiatif pembaharuan LMM dilaksana pihaknya.
Beliau juga memaklumkan, orang ramai boleh mengambil peluang ini mulai 8 Mei ini di pejabat atau kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sahaja.
"Mana-mana pemegang LMM yang memperbaharui LMM untuk tempoh 10 tahun sekali gus akan hanya dikenakan bayaran untuk tempoh sembilan tahun sahaja, maksudnya ada diskaun 10 peratus.
"Bayaran lesen memandu adalah RM30 setahun. Jikalau membayar 10 tahun sekali gus bayaran yang akan dikenakan adalah RM270, penjimatan RM30.
"Bagi orang ramai yang berminat, mereka hendaklah memastikan baki tempoh sah laku LMM semasa adalah tidak melebihi satu tahun.
"Orang ramai juga akan dibenarkan memperbaharui LMM antara 1 sehingga 10 tahun mengikut pilihan masing-masing tertakluk kepada had maksima 10 tahun.
"Namun, hanya pembaharuan 10 tahun sekali gus sahaja akan menikmati keistimewaan fi percuma untuk tahun ke-10," katanya pada sidang media khas pada Rabu.
Beliau memaklumkan, inisiatif ini hanyalah untuk warganegara Malaysia sahaja dan tidak terpakai kepada warganegara asing atau mana-mana pemegang pas permit jangka masa panjang atau Kad MyKAS yang mana terikat dengan tempoh sah laku pasport individu terbabit.
Menerusi sidang media itu jua Loke memaklumkan inisiatif kedua adalah kebenaran khas pembaharuan LMM tamat tempoh.
Beliau berkata, ia mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sepanjang pandemik COVID-19 serta kekangan dihadapi oleh rakyat Malaysia di luar negara yang tidak dapat memperbaharui LMM masing-masing kerana tidak berpeluang untuk pulang ke tanah air.
"MOT akan memberi kebenaran khas kepada mana-mana pemegang LMM yang telah tamat tempoh sah laku untuk memperbaharui LMM masing-masing tanpa perlu menjalani semula ujian.
"Namun, kebenaran khas ini hanya terhad kepada LMM yang mana tempoh sah laku telah tamat mulai 1 Januari 2018 dan ke hadapan sahaja.
"Tempoh kebenaran khas ini hanya berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2023 sahaja. Peraturan sedia ada akan berkuatkuasa semula pada 1 Januari 2024," katanya.
Loke juga menjelaskan, pihak JPJ sudah bersedia untuk melaksanakan dua inisiatif yang diumumkan itu.
Astro Awani
Wed May 03 2023

Orang ramai boleh mengambil peluang ini mulai 8 Mei ini di pejabat atau kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sahaja. - Gambar hiasan

Enam beranak antara 44 maut akibat serangan udara Israel di Gaza
"Cukuplah... setiap hari ada kematian, setiap hari kami kehilangan orang tersayang."

Konsep MADANI boleh diperluaskan ke peringkat ASEAN - Dr Jemilah
Nilai teras yang diketengahkan dalam konsep itu seperti keadilan dan kemanusiaan adalah sejajar dengan dengan aspirasi ASEAN.

‘BERHENTI Vladimir!’: Trump beri amaran kepada Putin selepas serangan maut di Kyiv
Amaran Trump dikeluarkan selepas Presiden Ukraine merayu kepada sekutunya agar tingkatkan tekanan terhadap Rusia supaya hentikan pencerobohan.

Semua pihak diseru junjung prinsip keadilan, keutuhan pentadbiran - Raja Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, 25 tahun pemerintahan baginda itu memperlihatkan pelbagai cabaran dan kejayaan.

PRU2025 Singapura: PM Wong seru kekalkan perpaduan ketika PAP mulakan kempen
PM Singapura seru rakyat negara itu kekal bersatu dan tidak membenarkan kuasa luar atau perbezaan pandangan terhadap isu global memecahbelahkan negara.

Presiden Maldives akan lawat Malaysia untuk perkukuh hubungan dua hala
Presiden Maldives Mohamed Muizzu dijadual memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Malaysia mulai Ahad ini.

Usaha pembaharuan Bangladesh dapat sokongan kuat Qatar
Program pembaharuan kerajaan sementara Bangladesh menerima sokongan kuat dari Qatar.

Korea Selatan, AS adakan rundingan perdagangan berkaitan tarif
Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan rundingan perdagangan peringkat tinggi di Washington pada Khamis, ketika Seoul berusaha untuk menghapuskan tarif "timbal balik" menyeluruh yang diken

PRU Singapura 2025: Lapan parti layak guna masa siaran untuk kempen
Tempoh masa siaran yang diperuntukkan untuk setiap parti politik adalah berdasarkan jumlah calon yang diletakkan olehnya.

Perlis perkasa program agama tangani gejala sosial
Kerajaan Perlis akan perkasa program keagamaan dalam usaha menangani gejala sosial terutamanya masalah penagihan dadah dan arak di negeri tersebut.

Nombor pendaftaran A_A kutip hasil bidaan lebih RM24 juta - Loke
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip hasil bidaan lebih RM24 juta bagi Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri 'A__A' sempena sambutan ulang tahun JPJ ke-79.

Cenderahati kepada Presiden China hadiah peribadi - Loke
Cenderahati ukiran naga yang diberi kepada Presiden China Xi Jinping baru-baru ini merupakan pemberian peribadi dan bukan mewakili kerajaan.

Isu rel rentas sempadan tumpuan lawatan Loke ke Thailand
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke akan ke Thailand 2 Mei ini bagi bincang isu rel rentas sempadan, dengan hasrat perluas jaringan rel ke seluruh Asia.

Malaysia komited realisasikan Rangkaian Kereta Api Pan-Asia, Loke ke Bangkok 2 Mei
Loke berkata inisiatif tersebut merupakan impian yang telah diilhamkan sejak lebih 30 tahun lalu, semasa pentadbiran Tun Mahathir.

YTL dipilih pasang kabel fiber optik di landasan kereta api, MOT buka akses pelbagai syarikat
YTL Communications dipilih sebagai syarikat kedua untuk memasang kabel fiber optik selepas 30 tahun lalu.

Malaysia-China perkukuh kerjasama bangunkan industri kereta api
Kerjasama ini melibatkan pemindahan teknologi, pelaburan dalam sistem pengangkutan awam, dan peningkatan kecekapan operasi rel di Malaysia.

Xi Jinping tiba di Malaysia untuk lawatan negara tiga hari
Kali negara terakhir Xi ke Malaysia pada 2013, kedua-dua negara meningkatkan hubungan diplomatik ke tahap Perkongsian Strategik Komprehensif.

Pencarian MH370 disambung semula pada akhir tahun ini - Loke
Kerajaan Malaysia telah mencapai persetujuan dengan Ocean Infinity untuk menyambung semula pencarian bangkai pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang.

Kebakaran paip gas Putra Heights: JPJ tawar ganti lesen memandu, LKM, VOC percuma
Kaunter khas akan dibuka mulai hari hingga esok di Masjid Putra Heights dan dilanjutkan sekiranya ada permintaan.

Tiada keluhan tidak dapat tiket penerbangan - Loke
Tiket pada musim perayaan kini lebih murah dan mudah didapati susulan pelaksanaan subsidi tiket sehala bagi kelas ekonomi melebihi RM499.