Lesen memandu UNHCR tidak boleh digunakan bagi memandu kenderaan di Malaysia

Bernama
Mei 1, 2020 16:40 MYT
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan ia selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Astro AWANI
Lesen memandu Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) yang digunakan oleh pemegang kad UNHCR, tidak sah digunakan untuk memandu apa juga jenis kenderaan motor di Malaysia.
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan ia selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"JPJ sentiasa komited dalam memastikan kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara dan tidak sesekali berkompromi terhadap apa jua pelanggaran peraturan jalan raya yang telah ditetapkan," menurut kenyataan itu.
Menurut JPJ lagi, kenyataan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam telah menjelaskan bahawa pemegang kad UNHCR tidak mempunyai sebarang status, hak dan asas untuk mengemukakan sebarang tuntutan kepada kerajaan Malaysia.
-- BERNAMA
#Jabatan Pengangkutan Jalan #JPJ #KDN #kerajaan #lesen memandu #Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian #undang-undang #UNHCR