awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours digantung - MOTAC

Bernama
Bernama
26/02/2025
10:45 MYT
Lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours digantung - MOTAC
MOTAC mengingatkan agensi pelancongan untuk menjalankan perniagaan dengan penuh tanggungjawab. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd kerana didapati melakukan pelanggaran terhadap Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
MOTAC dalam kenyataan hari ini memaklumkan dalam tempoh penggantungan lesen itu, syarikat tidak boleh membuat sebarang urus niaga baharu termasuk pengiklanan jualan pakej dan memulangkan semula bayaran serta apa-apa dokumen milik jemaah umrah yang memilih untuk membatalkan tempahan.
Pada masa sama, syarikat berkenaan dinasihatkan untuk menyelesaikan semua perjalanan yang telah ditempah atau dibayar.
"Setakat ini, MOTAC telah menerima lapan aduan dengan jumlah kerugian keseluruhan sebanyak RM180,116 terhadap syarikat pengendali umrah berkenaan.
"Siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Akta 482 berhubung perubahan material dalam pakej umrah yang ditawarkan," menurut kenyataan itu.
MOTAC turut mendapati rekod terdahulu telah menunjukkan syarikat berkenaan telah dikompaun sebanyak dua kali.
Sementara itu, MOTAC mengingatkan agensi pelancongan untuk menjalankan perniagaan dengan penuh tanggungjawab dan mematuhi semua peraturan ditetapkan untuk mengelakkan tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang melanggar peraturan dan menyebabkan kerugian kepada pelanggan.
Pada 14 Jan lepas, kecoh di media sosial apabila kira-kira 300 jemaah umrah terkandas apabila penerbangan mereka ke Tanah Suci ditunda syarikat pengendali umrah berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#umrah
#Kandas
#Hejira Travel and Tours
#MOTAC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan