MALAYSIA
Letupan di Nilai: Suspek berdepan lima pertuduhan, didakwa di hospital esok
Johari berkata kejadian itu diklasifikasikan sebagai kes berprofil keselamatan tinggi dan pihak polis telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan awam sentiasa terjamin. - Foto Facebook Polis Daerah Nilai
NILAI: Suspek disyaki terlibat dalam kes menggunakan bahan letupan buatan sendiri (IED) di Desa Palma Nilai pada 22 Dis lepas, bakal berdepan lima pertuduhan.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Johari Yahya berkata lelaki tempatan berusia lingkungan 60-an itu akan didakwa di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) esok berikutan suspek masih lagi menerima rawatan.
Beliau berkata suspek berdepan tiga pertuduhan di bawah Seksyen 3 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki bahan letupan dalam keadaan yang menimbulkan anggapan munasabah bahawa diniatkan untuk digunakan bagi menyebabkan kecederaan.
"Bahan letupan berkenaan ditemukan di sebuah unit kediaman di apartment Desa Palma, sebuah kenderaan Proton Wira diparkir di kawasan Star Valley Nilai, di tepi jalan utama Kampung Batang Benar, Mantin.
"Suspek turut berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 4 akta sama dan pertuduhan bagi Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan menggunakan bahan letupan sehingga menyebabkan kerosakan ke atas sebuah kenderaan awam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Johari berkata kejadian itu diklasifikasikan sebagai kes berprofil keselamatan tinggi dan pihak polis telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan awam sentiasa terjamin.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati kejadian berkenaan melibatkan penggunaan serta pemilikan bahan letupan berbahaya yang menimbulkan ancaman serius terhadap keselamatan awam selain menyebabkan kerosakan harta benda.
Menurut Johari, siasatan menyeluruh dijalankan termasuk analisis rakaman kamera litar tertutup (CCTV), keterangan saksi awam, pemeriksaan forensik serta tindakan Unit Pemusnah Bom (UPB).
"Polis memandang serius sebarang perbuatan melibatkan bahan letupan dan ancaman terhadap keselamatan awam, dan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti sedemikian," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Suspek disyaki terlibat dalam kes menggunakan bahan letupan buatan sendiri (IED) di Desa Palma Nilai pada 22 Disember lalu akan didakwa dengan lima pertuduhan termasuk miliki bahan letupan yang boleh merosakkan harta benda.
- Kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes berprofil keselamatan tinggi dan menyebabkan ancaman serius terhadap keselamatan awam serta kerosakan harta benda.
- Pihak polis telah menjalankan siasatan menyeluruh termasuk analisis CCTV, pemeriksaan forensik, dan tindakan Unit Pemusnah Bom untuk memastikan keselamatan awam sentiasa terjamin dan tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang terlibat dalam aktiviti bahan letupan.