NATIONAL

Letupan di Padang Besar, hanya salah faham - Ketua Polis Perlis

Astro Awani 24/12/2013 | 00:13 MYT
“Hanya salah faham”

Itu penjelasan Ketua Polis Perlis, Datuk Zullaznam Haron berhubung kekeliruan lokasi kejadian letupan bom iaitu Padang Besar.

Jelas Zullaznam insiden berkenaan tidak membabitkan kawasan Malaysia sebaliknya ia berlaku di Pekan Padang Besar Thailand.

Tegas beliau keadaan di dua pintu masuk ke Thailand melalui Padang Besar dan Wang Kelian kini masih aman dan terkawal.

Bagaimanapun pihak polis sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga selain mempertingkatkan kawalan dan pemeriksaan di setiap pintu masuk menghubungkan Padang Besar Malaysia dan Thailand.
#Danok #Datuk Zullaznam Haron #Ketua Polis Perlis #letupan bom #Thailand