MALAYSIA
Letupan di Selatan Thailand: KPDN tingkat pemantauan stesen minyak di sempadan
Sebanyak 11 stesen minyak di selatan Thailand diserang pada Ahad lepas. - Gambar/ Kawalan Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4
ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meningkatkan pemantauan di semua stesen minyak berdekatan sempadan negara, di negeri ini susulan insiden letupan 11 stesen minyak dekat selatan Thailand pada Ahad lepas.
Ringkasan AI
Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata langkah itu diambil bagi memastikan tiada kenderaan asing masuk mendadak mengisi minyak RON95 di negara ini selain mengesan pengusaha yang ingkar arahan larangan penjualan bahan api bersubsidi itu kepada warga asing.
"Kami sentiasa mempertingkatkan kawalan di stesen-stesen minyak di sempadan supaya apa benda yang kita buat itu akan dapat mengatasi ketirisan. Kita turut berterima kasih kepada orang awam yang ada kesedaran dan dapat mengesan nombor plat kenderaan asing di stesen-stesen minyak kita.
"Kes terbaru melibatkan stesen minyak di Sungai Petani yang didapati menjual RON95 kepada kenderaan pendaftaran asing baru-baru ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Aspresiasi Pengguna dan Media bersama KPDN Kedah di sini malam tadi.
Mengenai hala tuju KPDN Kedah tahun ini, Muhammad Nizam berkata selain meningkatkan penguatkuasaan, Program Jualan Rahmah (PJR) akan dimantapkan dan diteruskan seluruh negeri.
Beliau berkata tumpuan penganjuran adalah di kawasan pedalaman bagi membolehkan penduduk menikmati barangan pada harga murah hingga 30 peratus berbanding harga pasaran.
"Kita akan adakan tiga kali setiap bulan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri dan ini hasrat kerajaan untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat," katanya.
Sementara itu, orang ramai disaran memuat naik aplikasi eCOSS bagi melancarkan pembelian minyak masak paket 1 kilogram yang dijual RM2.50 sepaket di PJR dan pasaraya.
"Di PJR sememangnya wajib guna aplikasi ini. Kita tetap adakan advokasi bagi mendidik masyarakat menggunakan aplikasi tersebut... Kita faham ada beberapa kesulitan seperti capaian Internet, kalau ada sebarang masalah boleh terus menghubungi KPDN," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meningkatkan pemantauan di stesen minyak berdekatan sempadan negara susulan letupan 11 stesen minyak di selatan Thailand.
- Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin, mengambil langkah ini untuk mengesan kenderaan asing yang mengisi minyak RON95 serta pengusaha yang langgar larangan penjualan subsidi bahan api kepada warga asing.
- KPDN Kedah akan memantapkan Program Jualan Rahmah (PJR) dengan tumpuan di kawasan pedalaman bagi menawarkan barangan pada harga murah hingga 30 peratus di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri.