MALAYSIA

Letupan di Universiti HELP: PM Anwar mahu siasatan segera, menyeluruh dijalankan

Bernama 14/01/2026 | 10:50 MYT
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu siasatan segera dilakukan berkenaan letupan gas penyaman udara di Universiti HELP untuk memastikan keselamatan semua pihak terjamin. -Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu siasatan segera dan menyeluruh dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian letupan gas penyaman udara di Universiti HELP di ibu negara, Isnin lepas.


Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu siasatan segera dilakukan berkenaan letupan gas penyaman udara di Universiti HELP untuk memastikan keselamatan semua pihak terjamin.
  • Anwar mengirimkan doa kesembuhan kepada mangsa tercedera, Reeya Kaur Thandal, yang masih dalam rawatan dan turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Soo Yu Juan yang meninggal dunia dalam insiden tersebut.
  • Soo Yu Juan, pelajar tahun ketiga kursus Kejuruteraan Mekanikal dari UTAR, meninggal dunia dalam kejadian letupan gas tersebut di universiti swasta, manakala sembilan lagi cedera.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Menerusi catatan di media sosial X hari ini, Anwar berkata hal itu untuk memastikan aspek keselamatan semua pihak terjamin.

Beliau turut mendoakan kesembuhan dan kekuatan kepada mangsa, Reeya Kaur Thandal yang masih menjalani rawatan berikutan insiden berkenaan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Perdana Menteri juga mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Soo Yu Juan, pelajar yang meninggal dunia akibat kejadian itu.

"Takziah kepada keluarga mendiang Soo Yu Juan atas pemergian anak tersayang dalam insiden tersebut, moga diberi ketabahan dan kekuatan, juga semua yang terkesan dengan tragedi ini," kata Anwar.

Sebelum ini, media melaporkan Soo, 24, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur, manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian letupan gas penyaman udara di universiti swasta itu kira-kira 11.40 pagi.

Soo merupakan pelajar tahun ketiga kursus Kejuruteraan Mekanikal daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

-- BERNAMA




Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tindakan yang ingin diambil oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan letupan gas di Universiti HELP?
    A: Anwar Ibrahim mahu siasatan segera dan menyeluruh dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian tersebut.
  • Q: Siapakah mangsa yang masih menjalani rawatan akibat letupan gas di Universiti HELP?
    A: Reeya Kaur Thandal masih menjalani rawatan berikutan insiden tersebut.
  • Q: Berapakah bilangan mangsa yang cedera dan meninggal dunia dalam kejadian letupan gas di Universiti HELP?
    A: Terdapat sembilan mangsa cedera dan seorang pelajar meninggal dunia, iaitu Soo Yu Juan.
  • Q: Dari universiti manakah pelajar yang meninggal dunia dalam kejadian tersebut?
    A: Soo Yu Juan merupakan pelajar tahun ketiga kursus Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
  • Q: Apakah ucapan yang diberikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian letupan gas di Universiti HELP?
    A: Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Soo Yu Juan dan mendoakan agar mereka diberi ketabahan dan kekuatan.



#Anwar Ibrahim #Universiti HELP #Reeya Kaur Thandal #letupan gas