awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM14.8 juta diperlukan bagi Program Tunas Makmur 2026, manfaatkan 68,000 pelajar Pahang
Kajian semula UPSR, PT3 secara menyeluruh, bukan terburu-buru - KP Pendidikan
Zizie Izette kemuka representasi gugur tiga tuduhan rasuah RM2.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan di universiti swasta: Mangsa meningkat kepada 10 orang termasuk seorang maut

Bernama
Bernama
12/01/2026
09:15 MYT
Letupan di universiti swasta: Mangsa meningkat kepada 10 orang termasuk seorang maut
Jumlah mangsa insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara meningkat kepada 10 orang, dengan seorang daripadanya meninggal dunia. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara pagi tadi, meningkat kepada 10 orang dengan seorang daripadanya maut.

Ringkasan AI
  • Insiden letupan kompresor penyaman udara di universiti swasta di Bukit Damansara meningkat kepada 10 mangsa dengan seorang maut, menurut Ketua Polis Kuala Lumpur.
  • Daripada 10 mangsa, lapan adalah warga tempatan manakala dua adalah warga asing yang terlibat dalam kejadian tragis tersebut.
  • Semua mangsa sedang menerima rawatan di pelbagai hospital berdekatan termasuk di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Kuala Lumpur selepas insiden letupan yang berpunca dari kebocoran gas penyaman udara.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata mangsa yang maut merupakan lelaki tempatan berusia 24 tahun dan bekerja dengan syarikat kontraktor penyaman udara, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
"Perkembangan terbaharu mendapati seorang lagi mangsa dikenal pasti menjadikan keseluruhan 10 individu terlibat berbanding sembilan yang dilaporkan sebelum ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Fadil berkata lapan daripada mangsa merupakan rakyat tempatan manakala dua lagi warga asing.
Daripada lapan warga tempatan seorang lelaki yang merupakan pekerja syarikat kontraktor maut manakala dua lagi mengalami kecederaan parah.
Beliau berkata lima lagi warga tempatan yang cedera terdiri daripada masing-masing dua penuntut lelaki dan perempuan serta seorang juruteknik dengan tahap kecederaan berbeza-beza.
"Sementara itu, dua warga asing terlibat ialah lelaki Indonesia yang bekerja sebagai pekerja kafeteria dan mengalami kecederaan ringan," katanya.
Fadil berkata semua sembilan mangsa sedang menerima rawatan di pelbagai hospital berdekatan termasuk di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Sungai Buloh.
Sebelum ini, Fadil dilaporkan berkata polis menerima panggilan kecemasan mengenai insiden letupan di kawasan penyelenggaraan bersebelahan kafeteria di tingkat empat bangunan universiti swasta itu pada 11.40 pagi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Hassan 'As'ari Omar semasa dihubungi berkata pemeriksaan awal mendapati letupan berpunca daripada kebocoran gas penyaman udara dan pasukan siasatan masih berada di lokasi kejadian.
Tinjauan Bernama di lokasi kejadian pagi tadi mendapati dua ekor anjing Unit Pengesan K9 JBPM turut digunakan dalam operasi menyelamat itu.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah mangsa yang terlibat dalam insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara? A: Sehingga kini, terdapat 10 orang mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut, di mana seorang daripadanya telah meninggal dunia.
  • Q: Siapakah yang mengesahkan kematian seorang mangsa dalam insiden tersebut? A: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus yang mengesahkan bahawa seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun bekerja dengan syarikat kontraktor penyaman udara, telah meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
  • Q: Apakah jenis kecederaan yang dialami oleh mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut? A: Daripada 10 individu yang terlibat, lapan daripadanya merupakan rakyat tempatan, di mana seorang lelaki maut, dua mengalami kecederaan parah, dan lima lainnya mengalami kecederaan yang berbeza-beza. Manakala dua warga asing, termasuk seorang lelaki Indonesia, mengalami kecederaan ringan.
  • Q: Di manakah tempat-tempat rawatan mangsa disediakan selepas insiden tersebut? A: Semua sembilan mangsa sedang menerima rawatan di pelbagai hospital berdekatan termasuk di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Kuala Lumpur (HKL), dan Hospital Sungai Buloh.
  • Q: Apakah punca letupan kompresor penyaman udara di universiti swasta tersebut? A: Pemeriksaan awal mendapati letupan berpunca daripada kebocoran gas penyaman udara, seperti yang disahkan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Hassan 'As'ari Omar. Pasukan siasatan masih berada di lokasi kejadian untuk menyiasat lebih lanjut.

Topic Berkaitan
#Fadil Marsus
#letupan kompresor penyaman udara
#universiti swasta
#Bukit Damansara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan