MALAYSIA
Letupan gas amonia: Tindakan undang-undang menyusul jika ada pelanggaran
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan (JKKP NS) memberitahu, siasatan lanjut kini sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian berkenaan. - Gambar Tular
KUALA LUMPUR : Tindakan perundangan akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab ke atas insiden letupan tong silinder gas amonia di susur keluar ke Plaza Tol Seremban menghala ke ibu negara, sekiranya didapati berlaku pelanggaran Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta peraturan-peraturan berkaitan.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan (JKKP NS) memberitahu, siasatan lanjut kini sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian berkenaan.
"Berdasarkan siasatan awal, insiden itu berpunca apabila satu daripada 15 tong silinder gas amonia yang dibawa sebuah lori jenis Isuzu meletup dan mengalami kebocoran pada tangki berhampiran Plaza Tol Seremban.
"Susulan kejadian itu, pihak pengurusan Plaza Tol Seremban segera menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan.
"Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama Unit Hazmat yang tiba di lokasi kemudian mengambil langkah awal dengan melaksanakan kawalan serta penstabilan, termasuk menutup tong silinder yang bocor menggunakan absorbent towel (bahan penyerap) sementara menunggu kehadiran kontraktor dilantik bagi menjalankan kerja pemindahan dan pengurusan selamat tong berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
JKKP NS menambah, akibat kejadian itu, tiga individu mengalami simptom sesak nafas membabitkan seorang pengawal keselamatan PLUS, seorang petugas tol PLUS dan pemandu lori yang membawa tong silinder gas amonia berkenaan.
Kesemua mangsa katanya, dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk menerima rawatan lanjut.
JKKP NS menegaskan pihaknya memandang serius setiap kemalangan dan penyakit pekerjaan yang berpunca daripada aktiviti dalam mana-mana sektor pekerjaan.
Menurut jabatan itu, pihaknya turut komited untuk terus meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara ini demi memastikan kesejahteraan pekerja serta orang awam sentiasa terpelihara.