MALAYSIA
Letupan gas Putra Heights: Penduduk masih buntu punca pendapatan terjejas
Salah seorang mangsa tragedi menerima daging korban yang diserahkan oleh Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner (ACP), Wan Azlan Wan Mamat.
SUBANG JAYA: Lebih dua bulan tragedi letupan paip gas di Putra Heights, penduduk sudah mula meneruskan kehidupan seperti biasa.
Ringkasan AI
Namun bagi sebilangan penduduk, meneruskan kehidupan tidak mudah, apatah lagi ketika mata pencarian dan sumber rezeki mereka terjejas akibat tragedi tersebut.
Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Penduduk Kampung Kuala Sungai Baru, Mohd Badly Nordin berkata, bagi penduduk yang bekerja sendiri, mereka berdepan kesukaran untuk meneruskan perniagaan kerana kebanyakannya musnah atau rosak akibat kejadian itu.
“Kebanyakan penduduk yang mengalami ‘total lost’ bekerja sendiri... yang bergantung pendapatan bulanan daripada sewa rumah. Mereka ini adalah golongan pesara yang menyewakan rumah untuk dapat pendapatan selepas pencen.
“Tetapi sekarang rumah sewa mereka musnah jadi mereka sudah tak ada sumber pendapatan. Ada jiran-jiran saya yang mengusahakan perniagaan seperti perkhidmatan bas sekolah dan bengkel, semuanya musnah.
“Saya lihat itulah yang itu yang paling memberi kesan sebab kita tak diberi bantuan atau pampasan yang sesuai untuk dapatkan balik sumber pendapatan,” katanya ketika ditemui dalam program kenduri rakyat Aidiladha Kampung Kuala Sungai Baru, pada Ahad.
Bagi seorang penduduk, Sharifah Mustafa, dia masih buntu memikirkan enam buah rumah sewa yang selama ini menjadi punca pendapatannya, musnah dalam tragedi tersebut.
Bersyukur dengan bantuan yang diterima setakat ini, Sharifah yang sudah mengusahakan rumah sewa sejak 25 tahun lalu bagaimanapun berharap kerajaan negeri dapat mempertimbangkan pampasan untuk mereka yang hilang punca pendapatan.
“Rumah sewa ini kami bina sendiri, atas tanah kami sendiri. Apa yang berlaku adalah kesilapan orang lain, bukan berpunca daripada kami tetapi kami yang kena tanggung akibatnya.
“Memang kami berharap (dapat bantuan) sebab kalau tak ada bantuan atau pampasan, susah untuk kita bina balik hidup.
“Kami bukan orang kaya, macam saya dan suami pun sudah tua. Kami mula buat rumah sewa, sebuah demi sebuah, ambil masa yang lama, buat pinjaman bank dan sebagainya tetapi sekarang semua sudah tiada,” katanya yang kini menetap di rumah sementara dengan bantuan sewaan RM2,000 daripada kerajaan negeri.
“Alhamdulillah kerajaan ada beri bantuan tapi sampai bila? Lama-lama habis juga sebab sumber pendapatan tak ada.
“Rumah yang kami sewa sementara sekarang, kalau tak ada bantuan kerajaan memang kami tak mampu nak bayar,” katanya lagi.
Sementara itu, bagi Mohd Radzi Mohd Rashid yang mengusahakan perkhidmatan bas dan van sekolah, dia bukan saja kehilangan mata pencarian tetapi juga kediamannya.
Katanya, ketika ini dia lebih menumpukan terhadap pembinaan rumahnya, sebelum boleh memikirkan untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
“Saya minta dilaksanakan (pembinaan rumah) dengan cepat. Lagi lama kami tunggu, kami lagi tertekan. Ibu saya asyik bertanya, nak balik rumah tapi kami tak sampai hati nak bawa balik dengan keadaan rumah yang musnah.
“Jadi saya minta kerajaan dan SPNB percepatkan, jangan dipolitikkan perkara ini dan jangan ditolak sana sini.
“Saya pasti dalam hal-hal begini, akan ada masalah tapi saya harap mereka cuba atasi masalah dalaman itu dan fikirkan kebajikan penduduk,”ujarnya.
Ringkasan AI
- Penduduk Putra Heights yang terjejas akibat letupan paip gas masih bergelut untuk pulih, terutama mereka yang kehilangan sumber pendapatan seperti rumah sewa, bengkel dan perkhidmatan bas sekolah.
- Ramai penduduk seperti Sharifah Mustafa dan Mohd Radzi Mohd Rashid berharap kerajaan negeri memberi pampasan yang sesuai kerana mereka kehilangan punca rezeki dan masih bergantung kepada bantuan sementara.
- Penduduk meminta agar pembinaan semula rumah dipercepatkan dan isu dalaman diselesaikan segera agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih stabil dan bermaruah.