awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan gegarkan medan selera di Bukit Mertajam

Sinar Harian
Sinar Harian
27/10/2024
21:15 MYT
Letupan gegarkan medan selera di Bukit Mertajam
Letupan menyebabkan bumbung zink di pusat perniagaan itu rosak dan sebahagian dinding dapur runtuh. - Foto Sinar Harian
BUKIT MERTAJAM: Kira-kira 10 orang pelanggan yang sedang menikmati sarapan di medan selera Ng Yam Huat di Taman Ciku di sini bertempiaran lari selepas berlaku letupan dalam kejadian pagi Ahad.
Letupan yang berlaku di bahagian dapur kira-kira jam 8.30 pagi itu menyebabkan bumbung zink di pusat perniagaan itu rosak dan sebahagian dinding dapur runtuh.
Selain itu, kaca beberapa gerai penjaja juga dilaporkan pecah akibat daripada letupan berkenaan.
Memetik laporan akhbar Sin Chew Daily, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan malah pemilik pusat makanan yang berada di bahagian dapur untuk membakar roti juga terselamat.
Ng Chin Kui, 46, berkata, ketika kejadian dia sedang menyiapkan pesanan pelanggan, namun ketika dia menekan suis untuk membakar roti tiba-tiba berlaku letupan.
"Penglihatan saya jadi gelap seketika dan telinga berdengung.
"Letupan kuat itu membuatkan saya terkaku dan tidak mampu berbuat apa-apa namun bersyukur saya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Chin Kui berkata, sebelum kejadian, dia ada terhidu bau gas yang agak kuat namun tidak mengendahkannya kerana sudah biasa dengan bau gas di situ.
Bagaimanapun dia tidak menyangka, disebabkan menekan suis mesin pembakar roti akan menyebabkan letupan berlaku.
Katanya, letupan itu turut menjejaskan kira-kira lima gerai penjaja lain di pusat makanan yang menempatkan lebih daripada 70 meja dan 12 gerai makanan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#letupan
#medan selera
#Bukit Mertajam
#gerai penjaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan