awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan kereta: Bukan sebab rokok, petir atau dron - Polis Kelantan

Sinar Harian
Sinar Harian
26/05/2021
01:14 MYT
Letupan kereta: Bukan sebab rokok, petir atau dron - Polis Kelantan
Serpihan mercun bola yang ditemukan di lokasi dalam keadaan tragis di Lembah Sireh pada Jumaat lalu. -Gambar fail
KOTA BHARU: Polis Kelantan menafikan insiden kereta bermuatan mercun meletup dan terbakar hingga mengorbankan nyawa seorang lelaki di Lembah Sireh, di sini pada Jumaat lalu berpunca daripada puntung rokok, petir atau dron.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata polis masih menunggu laporan penuh dari Unit Forensik Polis Diraja Malaysia dan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mengetahui punca sebenar yang mencetuskan letupan.
Katanya, siasatan akan mengambil sedikit masa kerana itu kejadian pertama seumpama yang berlaku di Kelantan dan berkemungkinan pertama di negara ini.
“Selainnya, bahan bukti yang diambil dari lokasi kejadian adalah dalam kuantiti yang banyak dan perlu dianalisis terlebih dahulu.
“Setakat yang boleh dikatakan letupan bukan berpunca daripada puntung rokok, petir mahupun penggunaan dron di kawasan tersebut seperti yang tular,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini pada Selasa.
Beliau berkata, siasatan di lokasi kejadian bukan sahaja menemui sisa serpihan mercun bola tetapi juga beberapa sampel mercun jenis papan dan bunga api stadium.
“Ada juga keterangan saksi yang menaiki kereta di belakang melihat asap keluar dari bonet belakang kereta tersebut sebelum meletup.
“Kami percaya muatan mercun yang dibawa dalam kuantiti yang terlalu banyak atau mungkin padat hingga berkemungkinan jadi punca meletup, namun kita perlu tunggu hasil laporan penuh Unit Forensik sedikit masa lagi,” katanya.
Kejadian yang berlaku pada 5.30 petang Jumaat lalu itu turut menyebabkan kerosakan dan memecahkan tingkap rumah penduduk serta masjid selain beberapa lagi kereta turut terbakar.
Artikel asal di Sinar Harian: Letupan kereta: Bukan sebab rokok, petir atau dron
Topic Berkaitan
#kereta meletup
#kereta bawa mercun
#Lembah Sireh
#Shafien Mamat
#Unit Forensik
#bomba
#Polis Diraja Malaysia
#Proton Iswara Aeroback
#Polis Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan