MALAYSIA
Letupan paip gas Putra Heights: Kemajuan pembinaan semula rumah mendahului jadual asal - Amirudin
Amirudin ketika sesi penerangan berkaitan laporan kejadian letupan saluran paip gas di Putra Heights pada sidang DUN Selangor di sini hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Pembinaan dan pembaikan rumah yang terkesan akibat insiden letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya telah bermula dan mendahului jadual asal, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Ringkasan AI
Beliau berkata perkembangan positif itu menyaksikan usaha pembaikan dan pembinaan semula itu kini sudah 22 hingga 24 peratus dilaksanakan membabitkan rumah di Taman Putra Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baharu.
"Setakat ini, berdasarkan ujian Unit Perancang Ekonomi (UPE) bagi Taman Putra Harmoni, sebanyak tiga unit yang akan dibina semula manakala 46 unit akan dibaiki dan baki 46 unit sedang dalam proses akhir ujian titik retak dan struktur.
"Bagi Kampung Kuala Sungai Baru pula, sebanyak 17 unit yang terlibat, dan daripada jumlah itu, 11 unit akan dibina semula dan enam unit akan dibaik pulih," katanya pada sesi penerangan insiden Putra Heights di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.
Berkenan tuntutan untuk tujuan baik pulih rumah, Amirudin berkata bagi Taman Putra Harmoni, sebanyak RM458,440.50 telah difailkan manakala sejumlah RM884,934 difailkan penduduk Kampung Kuala Sungai Baru setakat ini.
Beliau berkata kesemua penduduk diberikan ruang hingga 27 Okt ini untuk menyampaikan dokumen tuntutan kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sebagai pemudah cara proses berkenaan.
"Selepas penilaian dilaksanakan, kerajaan negeri akan mencadangkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) supaya kos siling baik pulih rumah ditingkatkan daripada RM30,000 kepada RM60,000 dengan mengambil kira kos jubin bumbung dan penukaran kelengkapan seperti tangki air," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerja pembinaan dan pembaikan rumah terjejas akibat letupan gas di Putra Heights telah mencapai 2224% kemajuan, melibatkan Taman Putra Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baharu.
- Tuntutan baik pulih rumah difailkan berjumlah RM458,440.50 (Taman Putra Harmoni) dan RM884,934 (Kampung Kuala Sungai Baru), dengan tarikh akhir penghantaran dokumen pada 27 Oktober kepada MBSJ.
- Kerajaan negeri cadang tingkatkan kos siling baik pulih rumah daripada RM30,000 kepada RM60,000, mengambil kira kos jubin bumbung dan kelengkapan seperti tangki air.