NATIONAL

'Letupan terlalu kuat, dapat rasa gegaran' - Penduduk Sentul

Nickyson Nyambar 26/04/2022 | 14:39 MYT
Ramai penduduk tertanya-tanya mengenai punca kejadian yang disifatkan luar biasa dan tidak pernah berlaku. - Gambar/ Media sosial
KUALA LUMPUR : Ramai penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Sentul di ibu negara hari ini meluahkan rasa terkejut dengan bunyi letupan yang dikatakan amat kuat sehingga menyebabkan mereka terasa gegaran, petang tadi.

Letupan itu berlaku ketika ketika proses pelupusan mercun dan bunga api, di stor simpanan rampasan bahan bukti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul yang menyebabkan tiga orang awam cedera, serta 50 kenderaan rosak, jam 6.15 petang.

Berdasarkan tinjauan Astro AWANI di laman Twitter sebelum pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan rasmi, ramai penduduk tertanya-tanya mengenai punca kejadian yang disifatkan luar biasa dan tidak pernah berlaku.

"Ingatkan bunyi kilat atau guruh, tetapi ada bunyi letupan dan dapat rasa gegaran sedikit.

"Apa yang sebenarnya terjadi?," menurut salah seorang pengguna Twitter.

Ini adalah antara reaksi pengguna Twitter lain:
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bergegar tingkap rumah bila stor mercun meletup kat sentul.

— Shafiqe Black (@AkuShafiqeBlack) April 26, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Mengenai insiden itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, sebelum kejadian, polis meminta bantuan ketiga-tiga mangsa untuk mengangkat serta membersihkan mercun dan bunga api berkenaan.

Eng Lai memberitahu, kesemua tiga mangsa itu kini menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


#letupan #Sentul #Pelupusan Mercun #Asisten Komisioner Beh Eng Lai
Sila isi emel yang sah! Sila isi emel yang sah!
Terima kasih atas langganan anda
Terima kasih atas langganan anda