awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas

Bernama
Bernama
19/04/2024
20:00 MYT
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak. - Foto fail/REUTERS
KUCHING: Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak berkata pihaknya sedang memantau rapat perkembangan terkini situasi itu melalui lima Stesen Pemantauan Kualiti Udara (AQMS) di Lundu, Tebedu, Lubok Antu, Bario dan Lawas.
"Berdasarkan bacaan yang diperoleh daripada AQMS sejak 17 April lepas menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada dalam kategori sihat (0-50) hingga sederhana (51-100).
"Selain itu, bacaan IPU Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga menunjukkan IPU di kebanyakan kawasan di Sarawak berada dalam kategori sihat hingga sederhana dan tiada bacaan tidak sihat direkodkan," menurut NREB dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Cuaca panas yang dialami di kebanyakan kawasan di Sarawak ketika ini berpunca daripada permulaan fasa peralihan monsun dan fenomena El Nino.
Menurut kenyataan itu, ketika fenomena El Nino Malaysia serta kawasan lain di Asia Tenggara cenderung mengalami kemarau yang berpanjangan.
"Berdasarkan laporan pemantauan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), keadaan El Nino dijangka berlarutan hingga Jun 2024. Justeru, letusan gunung berapi Gunung Ruang tidak menyumbang kepada cuaca panas yang sedang melanda ketika ini," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letusan Gunung Ruang
#kualiti udara
#Sarawak
#NREB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan