DREBAR
Lexus ES dikemaskini dilancarkan. Bermula dari RM259,200
Lexus Malaysia mengukuhkan barisan modelnya hari ini dengan pengenalan Lexus ES ditambah baik dengan ‘facelift’ baharu. Peningkatan terbesar kepada ES baharu ini ialah di bahagian luaran kereta di mana jeriji beralun tanda dagang Lexus yang baru, dapat membezakan kereta baharu ini daripada yang lama.
Mereka yang berminat boleh memilih daripada tiga varian ES - ES250 Premium, ES250 Luxury dan ES 300h yang dijana oleh Sistem Pemanduan Hibrid Lexus, kini didatangkan dengan waranti bateri hibrid selama 8 tahun bagi ketenangan minda.
Antara penambahbaikan yang dilakukan ke atas ES baru ialah rupa hadapan dengan ciri keselamatan yang lebih baik seperti Paparan Sudut Buta dengan Pengawasan Trafik Melintas di Belakang, Bantuan Mula di atas Permukaan Berbukit dan lampu hadapan LED.
Ruang dalaman ES baru juga telah dipertingkatkan untuk mengenengahkan kualiti dan keanggunan.
“Lexus Malaysia telah menjual lebih daripada 1000 kenderaan setakat Julai 2015, dan ia telah menaikkan kedudukan kami ke tangga ketiga dalam jualan Kenderaan Mewah tempatan,” kata Datuk Ismet Suki, Presiden UMW Toyota Motor.
Lebih daripada 100 unit Lexus ES baharu telah menambat hati pembeli sejak tempahan awal dibuka pada akhir Julai 2015 lalu. Daripada jumlah itu, varian ES 250 Luxury adalah yang paling popular. Datuk Ismet turut berkata bahawa pihak syarikat mensasarkan sebanyak 750 unit model ES terjual menjelang akhir tahun ini.
Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Tan Sri Asmat Kamaludin, Pengerusi, UMW Toyota Motor, En. Akio Takeyama, Timbalan Pengerusi, UMW Toyota Motor, En. Vince Socco, Pengurus Besar Projek, Toyota Motor Corporation dan En. Paul Carroll, Naib Presiden, Bahagian Asia Pasifik Lexus.

Harga bagi Lexus ES baru dengan GST, tanpa insurans bagi Pendaftaran Persendirian Individu adalah dari RM259,200 hingga RM356,000. Senarai penuh bagi harga seperti di bawah: