[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
DREBAR

Lexus Melaka sudah dibuka

Astro Publication 05/12/2014 | 09:27 MYT
Sewaktu upacara pelancaran Lexus RC & RCF baru-baru ini, Drebar ada terlihat satu kerusi yang tertera perkataan ‘Lexus Melaka’ padanya. “Err, bila pulak Melaka ada bilik pameran Lexus ni?” kami tertanya.
Sekarang sudah terjawab, apabila Lexus Malaysia mengumumkan pembukaan bilik pameran dan pusat servis terbaharu mereka di Bandaraya Bersejarah yang juga fasiliti ke-8 seumpamanya untuk jenama kereta premium ini di Malaysia.
Acara pelancaran ini telah dihadiri oleh Tan Sri Asmat Kamaludin, pengerusi UMW Toyota Motor (UMWT), Datuk Takashi Hibi, timbalan pengerusi UMWT dan Datuk Ismet Suki, presiden UMWT. Dari pihak Hiewa Auto Gallery Sdn Bhd, selaku pengendali Lexus Melaka adalah Wong Ngee Fat dan Yong Siew Fong, masing-masing pengarah urusan dan pengarah syarikat.
Ini adalah pusat servis dan bilik pameran Lexus yang ketiga dibuka untuk tahun ini selepas Ipoh dan Kuching. “Untuk melancarkan 3 pusat Lexus dalam setahun adalah pencapaian yang tinggi dan membuktikan komitmen kepada jenama ini dan pelanggan kami” kata Datuk Ismet Suki dalam ucapannya.
Lexus Melaka adalah sebuah kemudahan 2 tingkat dengan keluasan tanah 87,119 kaki persegi dan jumlah kawasan binaan seluas 30,000 kaki persegi. Seperti pusat-pusat Lexus yang lain, ia dilengkapi ‘business centre’, kawasan menunggu yang mewah dan juga kafe yang menyediakan makanan serta minuman untuk pelanggan.
Terdapat 4 ruang untuk servis kereta yang dibuat oleh 14 juruteknik yang terlatih.
Lexus Melaka terletak di 2A, Jalan Autocity 6, Persiaran Autocity, Ayer Keroh.
# # UMW #Lexus