awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LHDN buka kaunter perkhidmatan BKM di seluruh negara pada hujung minggu

Bernama
Bernama
08/01/2022
05:31 MYT
LHDN buka kaunter perkhidmatan BKM di seluruh negara pada hujung minggu
LHDN buka kaunter perkhidmatan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di semua pejabat cawangan LHDN, Pejabat Satelit, Pusat Khidmat LHDN dan Pusat Transformasi Bandar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengambil inisiatif untuk membuka kaunter perkhidmatan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di semua pejabat cawangan LHDN, Pejabat Satelit, Pusat Khidmat LHDN dan Pusat Transformasi Bandar di seluruh negara pada hujung minggu.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata langkah itu untuk memudahkan urusan rakyat mendaftar bantuan tersebut terutamanya bagi pemohon yang tidak mempunyai kemudahan Internet.
"(Ia dibuka) pada 7, 8, 28 dan 29 Januari 2022 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor manakala pada 8, 9, 29 dan 30 Januari 2022 bagi negeri-negeri lain," katanya pada sidang media Lawatan Menteri Kewangan ke Kaunter BKM di Jalan Duta di sini hari ini.
Kesemua premis LHDN beroperasi bermula 8 pagi hingga 4.30 petang bagi Semenanjung Malaysia manakala bagi Sabah dan Sarawak bermula dari 8 pagi hingga 3.30 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LHDN
#Bantuan Keluarga Malaysia
#Tengku Zafrul Tengku Aziz
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan