awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Alhamdulillah, Allahuakbar – Ucap Jojo selepas raih kemenangan kelapan
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LHDN, JKDM lepasi sasaran kutipan cukai - PM

Sinar Harian
Sinar Harian
09/01/2024
04:10 MYT
LHDN, JKDM lepasi sasaran kutipan cukai - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, LHDN berjaya mengutip RM183 bilion manakala Kastam pula mengutip RM55 bilion sepanjang tahun lalu. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) berjaya melepasi sasaran kutipan hasil negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, LHDN berjaya mengutip RM183 bilion manakala Kastam pula mengutip RM55 bilion sepanjang tahun lalu.
"Terima kasih kepada Kastam sebab itu Ketua Pengarah kena garang, akhirnya dapat memenuhinya unjuran yang tidak selalu dicapai," katanya pada perhimpunan bersama warga Kementerian Kewangan di sini pada Selasa.
Turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.
Sebelum ini, media melaporkan, LHDN menyasarkan kutipan cukai RM176 bilion pada tahun lalu, selepas merekod kutipan RM175.4 bilion pada 2022.
Sementara itu, JKDM pula menyasarkan kutipan cukai berjumlah RM53 bilion pada tempoh sama apabila memungut cukai sebanyak RM53.5 bilion sepanjang tahun 2022.
Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana mengutip hasil tertinggi, namun tidak menyebut angka berkenaan.
Dalam pada itu Anwar yang juga Menteri Kewangan meminta agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk mengurangkan pelaburan di luar negara dan memberi fokus kepada pelaburan domestik.
“Apa kemunasabahan kita mengadakan kempen menarik pelaburan asing ke Malaysia kalau syarikat utama kita tidak ada keupayaan untuk memastikan jenis pelaburan yang menarik dan memberi keuntungan.
“Kita harus beri kelonggaran," katanya.
Tambah beliau, satu perbincangan perlu diadakan sekali lagi untuk menentukan peratusan pelaburan luar negara.
"Sama ada 20 atau 25 peratus, saya belum pasti tetapi tentu ada tanggungjawab untuk sama-sama memikirkan keperluan untuk meningkatkan pelaburan dalam negara,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#LHDN
#JKDM
#kutipan cukai
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan