CYBERJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesan terdapat elemen pelarian cukai dalam kalangan syarikat yang mendapat subsidi minyak masak, melibatkan jumlah cukai dianggarkan RM200 juta.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mohd Nizom Sairi berkata LHDN melaksanakan Operasi Subsidi Minyak Masak atau Op Saji selama tiga hari bermula Isnin lepas (21 Mac) bagi menjalankan siasatan cukai terhadap 63 syarikat, dengan sasaran utama melibatkan kilang pembungkusan semula minyak masak bersubsidi.
"Semasa semakan terdapat syarikat tidak melaporkan amaun jualan yang sepatutnya, tidak melaporkan pendapatan serta tiada fail cukai," katanya dalam sidang media mengenai Op Saji di ibu pejabat LHDN di sini hari ini.
Siasatan cukai terhadap 63 syarikat itu melibatkan 44 syarikat yang kurang melaporkan pendapatan, 19 syarikat tidak mempunyai fail cukai, serta semakan terhadap 127 pengarah syarikat berkaitan, katanya.
Menurutnya, hasil pemeriksaan premis sepanjang Op Saji itu turut mendapati syarikat tidak melaporkan penjualan minyak bersubsidi, menggunakan kuota minyak bersubsidi pihak lain dan menjual minyak tersebut secara haram, serta tidak menggunakan sepenuhnya kuota pembungkusan seperti yang diperuntukkan tetapi menuntut bayaran subsidi penuh.
Mengenai modus operandi penyelewengan subsidi minyak masak, Mohd Nizom berkata syarikat terlibat mendapatkan bekalan minyak masak bersubsidi daripada syarikat pembekal menggunakan lesen daripada syarikat lain untuk dijual pada harga pasaran.
"Mereka juga mengupah pihak ketiga bagi menguruskan pemindahan minyak masak bagi tujuan penjualan ke luar negara, menuntut subsidi tetapi tiada sebarang penjualan minyak masak paket, selain mewujudkan pemborong palsu bagi tujuan tuntutan subsidi tetapi pemborong tersebut merupakan syarikat itu sendiri," katanya.
Ditanya mengenai tindakan terhadap pihak yang mengelak cukai iaitu dari sudut melaporkan jumlah pendapatan yang kurang, Mohd Nizom berkata ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 112 (3) dan Seksyen 113(2) Akta Cukai Pendapatan 1967 serta boleh dikenakan penalti sehingga 300 peratus daripada amaun cukai terkurang lapor.
"Kalau kurang lapor (pendapatan) RM1 juta, dan didapati kesalahan adalah berat dan sebagainya, maksimum penalti adalah RM3 juta, dan pembayar cukai kena bayar RM4 juta," katanya.
Menurutnya, pendapatan terkurang lapor kesan dari aktiviti penyelewengan subsidi minyak masak dianggarkan sebanyak RM1 bilion melibatkan tahun taksiran 2018 hingga 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 23 2022

Siasatan cukai terhadap 63 syarikat itu melibatkan 44 syarikat yang kurang melaporkan pendapatan, 19 syarikat tidak mempunyai fail cukai, serta semakan terhadap 127 pengarah syarikat berkaitan. - Gambar hiasan

Modul antirasuh diperluas dalam kalangan pelajar TVET
Rancangan memasukkan modul KIAR ke dalam silibus pelajar TVET dijangkakan dilaksanakan seawal-awalnya pada Ogos tahun ini.

Tiada lagi pendekatan 'tembok besi' antara kerajaan - pembangkang, kata Annuar
'Tembok besi' antara kerajaan dan pembangkang tidak boleh diambil lagi kerana kestabilan politik demi menjaga kebajikan Keluarga Malaysia.

Diskaun 90 peratus kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 dilanjut
Di bawah insentif ini, syarikat dan pengarah syarikat layak mendapat pengurangan 90 peratus dari nilai asal kompaun.

Warga emas cedera dirodok bison jantan di taman negara AS
Kejadian berlaku pada Rabu ketika wanita berusia 71 tahun tersebut bersama anaknya sedang berjalan menuju ke kereta mereka.

MyEzyCover.com bakal manfaatkan 1.6 juta penjawat awam tetap, kontrak
Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia MyEzyCover.com bakal memberi manfaat kepada 1.6 juta penjawat awam termasuk bertaraf kontrak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

MyEzyCover.com akan diperluas kepada GLC, GLIC, sektor swasta
Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia MyEzyCover.com akan diperluaskan kepada kakitangan GLC, GLIC dan sektor swasta dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Vaksin COVID-19: FDA mahu dos penggalak sasar subvarian BA.4, BA.5 Omicron
Jika diluluskan, ia menandakan perubahan besar pertama vaksin COVID-19.

Najib nafi minta Anwar gugurkan kes mahkamah
Najib menegaskan, beliau tidak pernah meminta mana-mana individu untuk mengugurkan kesnya di mahkamah melalui pengaruh politik.

Penjawat awam bakal nikmati skim ansuran beli, baharui insurans kenderaan - PM
Pakej pembiayaan secara ansuran sehingga 10 bulan tanpa faedah ditawarkan kepada penjawat awam tetap dan kontrak.

JAWI rangka ketetapan baharu ibadah korban
Kesemua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibenar untuk melaksanakan ibadah korban

Pembelajaran murid SK Mabul diperkasa menerusi program Hasil Kasih Prihatin 2022
Pelaksanaan program ini secara berterusan menandakan HASiL memberikan sokongan padu kepada pembangunan modal insan & masyarakat luar bandar.

LHDN selenggara sistem, aplikasi
Antara sistem dan aplikasi terlibat termasuk MyTax, e-filing dan Borang Maklum Balas Pelanggan.

LHDN kesan 31,598 entiti tidak lapor pendapatan sebenar
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata amaun ketirisan cukai langsung yang dialami oleh negara dianggarkan bernilai RM665 juta.

LHDN mampu tangani ketirisan hasil di bawah pindaan RUU
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mampu menangani isu ketirisan hasil melalui pengenalan peruntukan baharu di bawah pindaan Rang Undang-Undang Kewangan 2021.

Peneroka rugi RM39,000 diperdaya Macau Scam
Seorang peneroka di Jempol mendakwa kerugian RM39,000 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pegawai polis pada 7 Mei lepas.

Laporkan pendapatan tahun taksiran 2021 sebelum 15 Mei, elak penalti - LHDN
Ia bagi mengelakkan sebarang penalti lewat kemuka Borang Nyata Cukai dikenakan.

Penutupan operasi LHDN sempena hari pekerja, Aidilfitri
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) hari ini memaklumkan semua pejabat agensi itu di seluruh negara akan ditutup beberapa hari sempena Hari Pekerja dan sambutan Aidilfitri.

Jurutera 'berputih mata', wang simpanan RM61,450 lesap ditipu wanita menyamar pegawai LHDN
Mangsa yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Kulim pada mulanya menerima panggilan daripada seorang wanita yang mengaku sebagai pegawai LHDN.

Awas, sindiket penipuan guna nama pegawai LHDN
Sindiket itu menyediakan dua kad nama palsu bagi membolehkan mereka membuat pesanan pembelian peralatan perabot.

Polis tahan lelaki disyaki ahli sindiket Macau Scam
Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dengan sindiket Macau Scam sehingga menyebabkan seorang mangsa kerugian RM28,000.