awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LHDN peroleh penghakiman terus kes tunggakan cukai Muhammad Shafee

Bernama
Bernama
15/12/2023
11:14 MYT
LHDN peroleh penghakiman terus kes tunggakan cukai Muhammad Shafee
Berdasarkan afidavit, Muhammad Shafee tidak mempunyai pembelaan terhadap tuntutan itu dan tiada isu yang memerlukan keterangan saksi pada perbicaraan penuh. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memasukkan penghakiman terus terhadap peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana gagal membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM9.41 juta.
Bagaimanapun, Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain menetapkan Isnin depan bagi menentukan jumlah akhir yang perlu dibayar oleh Muhammad Shafee kepada LHDN.
Dalam penghakimannya, Roz Mawar berkata berdasarkan afidavit, Muhammad Shafee tidak mempunyai pembelaan terhadap tuntutan itu dan tiada isu yang memerlukan keterangan saksi pada perbicaraan penuh.
Beliau berkata jumlah cukai yang gagal diperoleh daripada defendan telah menjadi hutang kepada kerajaan kerana tempoh pembayaran sudah luput.
"Keputusan untuk memasukkan penghakiman terus adalah bagi mengelakkan perbicaraan penuh. Dalam keadaan seperti ini, penghakiman terus dimasukkan terhadap defendan," katanya.
Hari ini ditetapkan untuk pendengaran permohonan bagi penghakiman terus selepas kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat bagi menyelesaikan kes itu.
Pada prosiding hari ini, Muhammad Shafee diwakili peguam Datuk Seri Rajan Navaratnam manakala Peguam Kanan Hasil Norhisham Ahmad mewakili LHDN.
Penghakiman terus diperoleh apabila mahkamah memutuskan kes melalui hujahan bertulis tanpa perbicaraan penuh dan memanggil saksi.
Pada 27 Sept 2021, LHDN memohon agar samannya terhadap Muhammad Shafee, yang difailkan pada 6 Mei lepas, diputuskan melalui penghakiman terus atas alasan defendan gagal membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM9,414,708.32 dalam tempoh ditetapkan.
LHDN mendakwa peguam itu gagal membayar tunggakan cukai pendapatan bagi Tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LHDN
#keputusan mahkamah
#tunggakan cukai
#Muhammad Shafee Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan