MALAYSIA
LHDN proses bayaran balik RM18 bilion, baki RM1 bilion sebelum akhir Disember
LHDN memaklumkan telah memproses bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM18 bilion sehingga 22 Disember 2025, melibatkan 3.54 juta kes. -Foto fail/Bernama
CYBERJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memaklumkan telah memproses bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM18 bilion sehingga 22 Disember 2025, melibatkan 3.54 juta kes, susulan pelaksanaan peruntukan tambahan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut kenyataan LHDN, bagi tempoh 1 Januari hingga 8 Disember, sebanyak RM15 bilion telah diproses melibatkan 3.52 juta kes.
Daripada peruntukan tambahan RM4 bilion, RM3 bilion telah diproses antara 9 hingga 22 Disember melibatkan 20,930 kes, manakala baki RM1 bilion akan diselesaikan sepenuhnya sebelum akhir bulan ini.
Dana tambahan RM1 bilion pertama digunakan untuk menyelesaikan tunggakan bayaran balik berusia lebih tiga tahun, manakala RM2 bilion berikutnya memfokuskan kepada kes berusia dua hingga tiga tahun dengan keutamaan kepada syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
LHDN menasihatkan pembayar cukai supaya mengemas kini maklumat akaun bank bagi memastikan proses bayaran balik berjalan lancar.
Bayaran tidak dapat diproses jika berlaku kesilapan akaun, pertikaian mahkamah atau syarikat telah digulung.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- LHDN telah memproses bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM18 bilion sehingga 22 Disember 2025, melibatkan 3.54 juta kes, susulan peruntukan tambahan yang diumumkan oleh PM Anwar Ibrahim.
- RM3 bilion daripada peruntukan tambahan RM4 bilion telah diproses antara 9 hingga 22 Disember melibatkan 20,930 kes, dengan baki RM1 bilion dijangka selesai sebelum akhir bulan ini.
- Dana tambahan difokuskan kepada menyelesaikan tunggakan bayaran balik cukai, terutamanya kepada syarikat PKS, dan LHDN menasihatkan pembayar cukai untuk mengemas kini maklumat akaun bank bagi memastikan proses bayaran balik berjalan lancar.
Menurut kenyataan LHDN, bagi tempoh 1 Januari hingga 8 Disember, sebanyak RM15 bilion telah diproses melibatkan 3.52 juta kes.
Daripada peruntukan tambahan RM4 bilion, RM3 bilion telah diproses antara 9 hingga 22 Disember melibatkan 20,930 kes, manakala baki RM1 bilion akan diselesaikan sepenuhnya sebelum akhir bulan ini.
Dana tambahan RM1 bilion pertama digunakan untuk menyelesaikan tunggakan bayaran balik berusia lebih tiga tahun, manakala RM2 bilion berikutnya memfokuskan kepada kes berusia dua hingga tiga tahun dengan keutamaan kepada syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
LHDN menasihatkan pembayar cukai supaya mengemas kini maklumat akaun bank bagi memastikan proses bayaran balik berjalan lancar.
Bayaran tidak dapat diproses jika berlaku kesilapan akaun, pertikaian mahkamah atau syarikat telah digulung.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah bayaran balik lebihan cukai yang telah diproses oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia sehingga 22 Disember 2025?
A: LHDN telah memproses bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM18 bilion melibatkan 3.54 juta kes sehingga tarikh tersebut. - Q: Bagaimanakah LHDN menggunakan dana tambahan RM4 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim?
A: Dana tambahan RM1 bilion pertama digunakan untuk menyelesaikan tunggakan bayaran balik berusia lebih tiga tahun, manakala RM2 bilion berikutnya difokuskan kepada kes berusia dua hingga tiga tahun dengan tumpuan kepada syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). - Q: Mengapakah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia menasihatkan pembayar cukai untuk mengemas kini maklumat akaun bank?
A: LHDN menasihatkan pembayar cukai untuk mengemas kini maklumat akaun bank bagi memastikan proses bayaran balik berjalan lancar kerana bayaran tidak dapat diproses jika berlaku kesilapan akaun, pertikaian mahkamah atau syarikat telah digulung.