Kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan kutipan cukai sebanyak RM142 bilion tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata sasaran itu bersandarkan kepada trend jumlah kutipan cukai yang meningkat setiap tahun, khususnya sejak 2010.
"Pada tahun 2010 kutipan cukai ialah RM86 bilion, 2011 (RM109 bilion), 2012 (RM125 bilion) dan 2013 sebanyak RM129 bilion," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan sambutan Hari Inovasi LHDN 2014 di sini hari ini.
Ahmad berkata tahun ini, Kementerian Kewangan menetapkan sasaran kutipan cukai sebanyak RM140 bilion, dan LHDN telah mengumpul kira-kira RM134 bilion.
Menurutnya LHDN menjalankan pelbagai inovasi untuk memudahkan rakyat membayar cukai, termasuk pengenalan e-filing, iaitu perkhidmatan pembayaran cukai secara dalam talian serta perkhidmatan elektronik Ez-Hasil yang merangkumi pelbagai perkhidmatan bagi urusan percukaian.
Menurutnya usaha itu membuahkan hasil dengan peningkatan jumlah pembayaran cukai setiap tahun.
Mengenai skim rasionalisasi subsidi bahan api yang akan dilaksanakan tahun depan, Ahmad berkata keputusan itu masih belum dimuktamadkan.
Sebelum ini Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata skim itu akan dibahagikan kepada tiga peringkat, bergantung kepada pendapatan bulanan.
Husni berkata mereka yang berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan, akan terus menikmati subsidi bahan api manakala yang berpendapatan melepasi RM10,000, tidak layak.
Bernama
Mon Nov 03 2014
AHMAD MASLAN: Kementerian kewangan menetapkan sasaran kutipan cukai sebanyak RM140 bilion tahun ini.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
"Sudahlah fitnah, bodoh pula!" - Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan mahu pihak MCMC ambil tindakan terhadap fitnah yang disebarkan terhadapnya.
Kerajaan gesa PKS banyakkan produk berasaskan teknologi hijau
Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terlibat dalam industri teknologi hijau digesa memperbanyak penghasilan produk berasaskan teknologi tersebut di pasaran domestik pada masa akan datang.
PKS diminta kreatif dalam menghadapi ekonomi tidak menentu
Usahawan PKS diminta lebih kreatif dan berdaya saing bagi memastikan mereka mampu menghadapi kelembapan ekonomi dan kemerosotan nilai ringgit.
Program penjelasan isu semasa diperhebatkan tangkis fitnah keterlaluan - Mustapa
Pihak terbabit menabur fitnah menakut-nakutkan rakyat supaya berlaku keadaan huru-hara dalam negara.
Bajet 2017: PKS Bumiputera masih jadi keutamaan - Ahmad Maslan
Kerajaan terus memberi komitmen kepada PKS bumiputera, yang menerima RM1.12 bilion atau 16.8 peratus daripada peruntukan RM6.65 bilion untuk pembangunan PKS.
Ahmad Maslan berharap UMNO menjadi parti dinamik yang terus relevan
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata beliau berharap parti itu akan menjadi parti yang dinamik dan terus relevan sepanjang masa.
Rombakan MT UMNO: Ahmad Maslan pegang portfolio Informasi, IT
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan rombakan beberapa portfolio Majlis Tertinggi UMNO.
'Bolehkah mereka ini hidup tanpa sebar fitnah?' - Ahmad Maslan
Datuk Ahmad Maslan nafi mengeluarkan kenyataan menyaran pelajar universiti bekerja bagi menampung kos sara hidup.
Kelab pidato UMNO di 191 bahagian bermula Januari - Ahmad Maslan
Kelab Pidato Umno akan diwujudkan di semua 191 bahagian bermula Januari depan bagi menjelaskan isu semasa kepada rakyat, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
Peruntukan Permata: ADUN Taman Medan diminta beri keterangan
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Talha dipanggil memberi keterangan berhubung kenyataan beliau mengenai peruntukan terhadap program Permata Negara (Permata).