MACHANG: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan sentiasa mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan dalam rantaian pengeluaran bekalan ayam supaya dapat melihat perspektif industri secara lebih dekat sekali gus memastikan bekalan dan kelangsungan pengeluaran ayam negara stabil dan mencukupi.
Menterinya Datuk Seri Ronald Kiandee berkata penternak dan pengusaha ladang-ladang penternakan ayam telah menyatakan komitmen untuk bersama-sama memperkukuh sekuriti makanan negara melalui tahap pengoperasian ladang pada tahap yang optimum demi menjamin bekalan ayam yang berterusan.
"Kerajaan sedaya-upaya berusaha menetapkan mekanisme pengawalan harga bagi memastikan Keluarga Malaysia tidak terbeban dengan cabaran kos sara hidup.
"Di samping itu, pengimportan stok penimbal ayam juga sedang dilaksanakan secara berperingkat oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dengan jumlah kapasiti keseluruhan sebanyak 4,536 tan metrik menjelang penghujung Julai 2022," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan Kerja di Ladang Penternakkan Ayam di di Kampung Dalam Huma, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ronald berkata kerajaan terus komited memastikan industri ayam dan telur kekal mampan dengan meneruskan pemberian subsidi supaya bekalan dalam pasaran sentiasa mencukupi dengan harga yang stabil dan berpatutan.
"Setakat ini, sebanyak 4,739 permohonan tuntutan subsidi dengan nilai RM384 juta telah diluluskan oleh MAFI. Semua penternak boleh terus kemukakan permohonan sehingga subsidi dapat disalurkan.
"Kerajaan akan meneruskan usaha untuk memastikan ketersediaan dan kelangsungan bekalan di pasaran kekal terjamin dengan harga yang berpatutan bagi menjamin kesejahteraan keluarga Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 02 2022

Ronald berkata penternak dan pengusaha ladang-ladang penternakan ayam telah menyatakan komitmen untuk bersama-sama memperkukuh sekuriti makanan negara. - Gambar/ Bernama

Cerita Sebalik Berita: 'Suara Anak Bumi'

Dewan Negara lulus Akta Antilompat Parti, lebih dua pertiga sokong
Jumlah Ahli Dewan Negara yang menyokong ialah seramai 52 orang, sementara tujuh orang lagi tidak hadir.

Cerita Sebalik Berita: Hari Antarabangsa Orang Asli Sedunia

Parti politik keluar gabungan tidak dianggap bertukar parti
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sebarang tindakan parti politik keluar gabungan tidak dianggap bertukar parti.
![[TERKINI] Sesi penggulungan RUU Antilompat Parti [TERKINI] Sesi penggulungan RUU Antilompat Parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1981836/thumbnails/21620390201660037911287_640x360.jpg)
[TERKINI] Sesi penggulungan RUU Antilompat Parti
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sebarang tindakan parti politik keluar gabungan tidak dianggap bertukar parti.

Kerajaan akan lancar Dasar Tenaga Negara hujung bulan ini - Mustapa
Dasar Tenaga Negara 2021-2040 akan dilancarkan untuk meningkatkan aliran pelaburan dan memajukan matlamat pembangunan mampan Malaysia.

Sistem amaran awal bencana di 20 taman ekorimba - Jabatan Perhutanan
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) akan memasang Sistem Amaran Awal (EWS) di 20 Taman Ekorimba di seluruh negara yang berisiko dilanda fenomena.

Geng Mamat curi peralatan ECRL ditahan
Empat suspek termasuk seorang wanita ditangkap kerana disyaki curi peralatan bernilai RM30,000 di enam tapak pembinaan.

Atlet tak bawa pulang pingat bukan sampah, bersama beri sokongan moral - Abdul Karim
Jangan anggap atlet kebangsaan yang tidak berjaya seperti sampah sebaliknya beri sokongan moral untuk menaikkan semangat.

Polis buru lelaki warga asing disyaki rogol remaja 14 tahun
Polis Johor sedang memburu seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Kluang, bulan lalu.

Sekuriti makanan: 'Hidupkan semula Rancangan Buku Hijau' - Sultan Nazrin
Rancangan itu adalah gagasan penting untuk mengangkat sektor pertanian tanpa menafikan kepentingan sektor lain.

Empat dimensi utama jadi ukuran pastikan sekuriti makanan berterusan
Empat dimensi utama akan menjadi ukuran dalam memastikan sekuriti makanan negara mampu bertahan dalam jangka masa yang lama.

27 penyelesaian teknologi bantu tangani isu sekuriti makanan, sedia dilaksanakan
Antara penyelesaian diketengahkan adalah penggunaan automasi sistem fertigasi, pertanian menegak dan akuaponik yang diganding bersama aplikasi AI.

Persiapan MAHA 2022 capai 90 peratus - Ronald
Persiapan akhir kini berjalan lancar hasil kerjasama pelbagai agensi MAFI serta agensi kerajaan yang lain.

Diskusi persediaan hadapi kemelesetan ekonomi dalam Dialog Tiga Penjuru malam ini
Jangan terlepas perbincangan malam ini dalam Dialog Tiga Penjuru, jam 8.30 malam.

Keselamatan negara: Sekuriti makanan beri impak jika tidak diurus dengan baik
"Jika tiada persediaan awal dibuat, negara pasti berdepan risiko yang akhirnya menjejaskan kestabilan sosial dan ekonomi, dan sekaligus mengakibatkan implikasi keselamatan yang serius"

Peruntukan hampir RM65 juta bantu peneroka, generasi baharu Felda - Ismail Sabri
Ia termasuk dana RM20 juta di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan sebagai cagaran kepada pinjaman perumahan generasi baharu FELDA.

Malaysia pertimbang pilihan dapatkan sumber gandum dari Turkiye - PM
Malaysia berhasrat untuk mempelbagaikan sumber makanan importnya, termasuk kemungkinan membeli tepung gandum dari Turkiye.

Usahawan FELDA : Nik Agro Farm sasar pengeluaran 15,000 anak ayam kampung asli
Permintaan terhadap ayam kampung adalah sangat tinggi dan sering menjadi pilihan kepada mereka yang mementingkan nutrisi terbaik.

Libat urus MAFI dengan pihak berkepentingan pastikan bekalan ayam mencukupi - Ronald
Ronald berkata penternak dan pengusaha ladang-ladang penternakan ayam telah menyatakan komitmen untuk bersama-sama memperkukuh sekuriti makanan negara.