JOHOR BAHRU: Lebih 4,000 penduduk di Blok B, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, Kempas di sini, memohon pihak berkenaan membaiki dua lif yang rosak hingga menyusahkan mereka melakukan urusan harian.
Ketua blok, Ibrahim Ismail mendakwa, dua lif berkenaan sudah rosak sejak empat hari lalu dan keadaan berkenaan menyukarkan penduduk di bangunan 17 tingkat itu.
"Di sini ada dua lif tetapi semuanya tidak dapat beroperasi. Kalau sebuah lif rosak, penduduk masih boleh gunakan lif satu lagi.
"Malangnya kini kedua-duanya mengalami kerosakan.
"Selain dua unit lif ini terdapat lif ketiga yang baru siap dibina namun tidak dibenarkan untuk digunakan atas alasan belum dirasmikan," katanya kepada pemberita pada Khamis.
Ibrahim berkata, dia kasihan melihat peniaga dan pelajar, warga emas dan pesakit di PPR berkenaan yang terpaksa berdepan masalah tersebut.
"Bayangkan nasib warga emas yang tinggal tingkat 10 hingga 17 terpaksa naik tangga," ujarnya.
Menurut Ibrahim, pihaknya sudah membuat aduan kepada pihak kontraktor penyelenggaraan lif namun sehingga kini tiada tindakan.
Mohd Reza Rahani, 47, pula berkata, dia dan anak-anak terpaksa menggunakan tangga ke rumah mereka di tingkat 13.
Malah, dia dan anak-anaknya terpaksa menggunakan tangga sekurang-kurangnya empat kali sehari hingga mengalami sakit kaki.
"Anak-anak yang ke sekolah mengeluh sakit kaki dan penat namun mereka perlu ke sekolah bagi menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Kami harap masalah ini dapat diatasi segera," katanya.
Warga emas, Mukhtar Abdullah, 68, turut mengakui mengalami sakit lutut apabila terpaksa turun naik tangga dari tingkat 11.
"Kami bimbang sekiranya berlaku sebarang kes kecemasan ketika waktu seumpama ini," katanya.
Sementara itu, jurucakap badan pengurusan PPR tersebut berkata, penyelenggaraan lif itu di bawah tanggungjawab syarikat kontraktor yang dilantik Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan bukan dilantik badan pengurusan flat.
Katanya, walaupun di luar tanggungjawab mereka, pihak pengurusan turut menghubungi pihak kontraktor yang dilantik bagi mendapatkan maklumat.
"Kami diberi jaminan bahawa kerosakan akan dibaik pulih secepat mungkin oleh kontraktor berkenaan.
"Kami difahamkan lif baharu akan disediakan bagi penduduk membabitkan tujuh blok di kawasan flat ini," katanya ketika dihubungi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 21 2022

Keadaan dua lif yang rosak menyukarkan penghuni di Blok B, PPR Kempas Permai, Kempas, Johor Bahru melakukan urusan harian. - Foto Sinar Harian

Lumba Kereta | Algeria anjur perlumbaan khas buat wanita
Algeria menjadi tuan rumah edisi kedua perlumbaan kereta wanita antarabangsa. Perlumbaan itu dilangsungkan bermula 25 januari sehingga 30 Januari 2023, melibatkan jarak 1,254 kilometer.

Hubungan Sulit Trump | Panel juri baharu mula dengar keterangan saksi
Pendakwa raya yang terlibat dalam kes bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah mendapatkan panel juri baharu bagi mendengar hujahan serta bukti berkenaan dakwaan Trump membuat pembayaran kepada seorang bintang filem lucah, Stormy Daniels bagi menutup mulut daripada mendedahkan hubungan seksual mereka.

Ekstradisi | Banduan Filipina dalang rompakan di Jepun
Kerajaan Jepun meminta agar kerajaan Filipina untuk mengekstradisi empat warganya yang juga banduan di negara itu. Ia selepas mereka didakwa terlibat dalam beberapa siri rompakan di Jepun yang dioperasikan dari penjara.

PNBCAP | Adaptasi iklim urban pertama di Malaysia
Think City menyasarkan sekurang-kurangnya pengurangan 1.5 darjah celsius dalam suhu di kawasan bandar dan lima hingga tujuh darjah Celsius di kawasan tanah tinggi menerusi pelaksanaan Pelan Adaptasi Iklim Semulajadi Pulau Pinang (PNB-CAP). Pengarah Urusannya, Hamdan Abdul Majeed berkata sasaran tersebut dijangka dicapai dalam tempoh enam hingga lapan tahun selepas rancangan.

Perubahan Iklim | Kerajaan Persekutuan tak boleh lawan sendiri
Kerajaan Persekutuan tidak dapat melawan perubahan iklim secara sendiri. Sebaliknya, menurut Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, usaha tersebut memerlukan penglibatan semua sektor di negara ini termasuk orang awam, sektor swasta serta kerajaan negeri.

Industri Sawit | Malaysia-Indonesia kerjasama tangkis tohmahan EU
Malaysia akan terus menjalinkan kerjasama dengan Indonesia bagi menangkis tohmahan terhadap minyak sawit oleh Kesatuan Eropah (EU). Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Malaysia dan Indonesia akan membincangkan undang-undang yang melarang penjualan minyak sawit dan komoditi lain yang dikaitkan dengan penebangan hutan.

Pengurusan Banjir | Kerajaan akan bina PPS tetap di sekolah kerap terkesan
Kerajaan akan membina dewan bagi menempatkan pusat pemindahan sementara (PPS) kekal di lokasi sekolah yang sentiasa terkesan banjir. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan dilaksana menerusi Smart Partnership antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan pihak sekolah di seluruh negara.

Lantikan Nurul Izzah | Anwar terima teguran, akan beri penjelasan
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau terbuka menerima setiap teguran dan akan memberikan penjelasan berhubung pelantikan Nurul Izzah selaku Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepadanya. Menegaskan sekali lagi bahawa pelantikan itu dibuat tanpa sebarang bayaran, Perdana Menteri berkata beliau mahu Nurul Izzah memainkan peranan membantu kerajaan, termasuk memastikan ketelusan pentadbiran serta urusan perolehan tender kerajaan, berlaku secara teratur dan mengikut prosedur.

Politik | Tun Faisal sahkan dipecat UMNO
Bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz mengumumkan beliau dipecat keahliannya dalam UMNO setelah hampir dua tahun digantung.

10 Berita Pilihan - (31 Januari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lif rosak susahkan 4,000 penduduk PPR Kempas Permai
Dua lif berkenaan sudah rosak sejak tiga hari lalu dan keadaan berkenaan menyukarkan penduduk di bangunan 17 tingkat itu.

Lif rosak: Peruntukan RM127 juta dah umum, mana kerjanya? - Fahmi Bazlan
Fahmi mempersoalkan tindakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam menyegerakan kerja-kerja pembaikan berkenaan.

Remaja perempuan maut selepas terperangkap dalam lif rosak
Lif berkenaan dilaporkan terhenti di tingkat satu sebelum secara tiba-tiba melambung ke tingkat 30 dan menghentam dinding pangsapuri.

15 pengunjung kompleks beli-belah panik terperangkap dalam lif
Kejadian itu membabitkan dua unit lif di tingkat tiga dan tingkat bawah kompleks berkenaan.

Penduduk flat Desa Tun Razak risau keselamatan lif
Insiden murid tahun lima maut setelah tersepit dalam lif yang rosak di Perumahan Awam Desa Tun Razak di sini Rabu.