Lif terhempas, empat maut di Uttar Pradesh

Bernama
September 15, 2023 10:01 MYT
Sebuah lif yang sedang dalam proses pemasangan tiba-tiba terjunam lalu menyebabkan empat pekerja binaan maut. -Gambar hiasan/Freeimages.com
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya empat orang pekerja binaan terbunuh manakala beberapa lagi cedera selepas sebuah lif terhempas di dalam sebuah bangunan dalam pembinaan di Uttar Pradesh pada Jumaat, lapor Xinhua.
Kemalangan berlaku di kawasan Greater Noida hampir 30 km dari ibu negara.
"Sebuah lif yang sedang dalam proses pemasangan tiba-tiba terjunam lalu menyebabkan empat pekerja binaan maut.
"Beberapa yang lain turut cedera," menurut seorang pegawai polis.
Mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital.
Siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan, kata anggota polis itu.
-- BERNAMA
#lif terhempas #pekerja binaan #Greater Noida #bangunan dalam pembinaan #Uttar Pradesh