MALAYSIA
Liga Mahasiswa cabar Adam Adli untuk berdialog secara terbuka
Liga Mahasiwa Malaysia berpendapat Adam Adli mempunyai tanggungjawab moral untuk berbincang dengan aktivis masa kini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persatuan pelajar Liga Mahasiswa Malaysia mencabar Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Adam Adli Abdul Halim untuk berdialog secara terbuka dengan gerakan mahasiswa.
Ringkasan AI
Dalam kenyataanya, Liga Mahasiwa berpendapat, dengan latar belakang Adam Adli selaku bekas aktivis mahasiswa, beliau mempunyai tanggungjawab moral untuk berbincang dengan aktivis masa kini.
Liga Mahasiwa menegaskan ruang dialog merupakan pentas utama untuk mengutarakan isu-isu penting seperti kos sara hidup, kebajikan mahasiswa, dasar-dasar universiti, pemansuhan AUKU dan Deklarasi Mahasiswa 2025.
“Kami tegaskan bahawa sesi ini perlu dilakukan di dalam ruang kampus agar boleh diakses oleh mahasiswa-mahasiswa lain.
“Liga Mahasiswa Malaysia menegaskan bahawa Adam Adli perlu menyahut cabaran ini demi kepentingan dan masa depan gerakan mahasiswa di Malaysia,” katanya melalui kenyataan yang disiarkan hari ini.
Sementara itu, Presiden Liga Mahasiswa Malaysia, Alyaah Hani Anuar ketika dihubungi Astro AWANI bagaimanapun berkata jemputan dialog itu belum dikirim kepada Adam Adli.
“Kita baru hantar kenyataan media dan akan tunggu maklum balas dari dia (Adam Adli),” katanya.
Alyaah turut menegaskan dialog ini bertujuan untuk mendengar sendiri visi beliau selaku Timbalan Menteri KPT.
“Kita agak gembira bila dapat tahu Adam Adli jadi Timbalan Menteri KPT kerana sekian lama jawatan ini diberikan kepada orang yang telah lama meninggalkan universiti,” katanya lagi.
Ringkasan AI
- Liga Mahasiswa Malaysia mencabar Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Adam Adli untuk berdialog terbuka dengan gerakan mahasiswa, memandangkan beliau bekas aktivis mahasiswa yang memiliki tanggungjawab moral untuk berhubung dengan aktivis masa kini.
- Ruang dialog ditekankan sebagai platform utama untuk membincangkan isu-isu penting seperti kos sara hidup, kebajikan mahasiswa, dasar-dasar universiti, pemansuhan AUKU, dan Deklarasi Mahasiswa 2025.
- Presiden Liga Mahasiswa Malaysia, Alyaah Hani Anuar, menyatakan jemputan dialog belum dihantar kepada Adam Adli, namun mereka berharap untuk mendengar visi beliau sebagai Timbalan Menteri KPT bagi manfaat gerakan mahasiswa di Malaysia.