KUALA LUMPUR: Pengarah Syarikat Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (ZCSB) Zarul Ahmad Mohd Zulkifli memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini Lim Guan Eng hanya tersenyum dan kelihatan gembira apabila menerima sampul surat berisi wang rasuah RM200,000 yang diserahkannya kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu pada 2013 dan 2014.
Zarul Ahmad, 62, berkata beliau menyerahkan wang RM100,000 kepada Lim pada 2013 sebagai tanda 'milestone' pembayaran perjanjian awal daripada keuntungan projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong dasar laut di Pulau Pinang.
"Sumber wang tunai RM100,000 ini adalah dari wang syarikat ZCSB. Duit RM100,000 ini adalah sebahagian wang rasuah daripada 10 peratus yang diminta oleh YB Lim Guan Eng," katanya.
Zarul Ahmad berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes rasuah Lim yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.
Menceritakan kejadian itu, Zarul Ahmad berkata beliau telah membuat temu janji dengan Lim pada Ogos 2013 melalui setiausaha sulit kanan Lim untuk memberi laporan berkenaan projek tersebut dan juga mendapat nasihat hala tuju daripada ahli politik itu.
"Selepas perbincangan yang diadakan di pejabat YB Lim di tingkat 28, Bangunan KOMTAR, saya telah mengeluarkan sampul bersaiz A4 yang mengandungi duit tersebut.
"Saya sendiri telah menyerahkan sampul kepada beliau dan mengatakan kepadanya "Ini untuk tuan". YB Lim mengambil sampul itu dan cuma tersenyum ketika menerimanya," kata saksi pendakwaan ke-23 itu.
Berkenaan pembayaran kali kedua kepada Lim sebanyak RM100,000, Zarul Ahmad menjelaskan ia berlaku menjelang sambutan Tahun Baru Cina pada Januari 2014 di pejabat Lim di tingkat 28, Bangunan KOMTAR.
"Saya membawa wang tunai RM100,000 yang saya letakkan di dalam satu sampul putih. Sebelum menyerahkan wang itu, kami ada bercakap berkenaan perkembangan kajian ketersauran yang sedang saya lakukan berkaitan projek pembinaan tersebut.
"Pada peringkat ini, syarikat saya telah diberikan surat anugerah untuk melaksanakan projek tersebut. YB Lim menerima sampul putih itu setelah saya hulurkan kepadanya. Saya berada di pejabat YB Lim sekejap saja dan beliau kelihatan gembira setelah menerima sampul tersebut daripada saya," katanya.
Zarul Ahmad memaklumkan wang itu juga sebahagian wang rasuah daripada 10 peratus yang diminta oleh Lim daripada keuntungan syarikat.
Terdahulu, Zarul Ahmad menjelaskan Lim tidak meminta wang daripadanya tetapi beliau cuba menunaikan janji atas permintaan Lim yang menuntut 10 peratus daripada keuntungan daripada projek terowong dan jalan-jalan utama itu.
"Sebagai seorang ahli perniagaan, etika untuk mengotakan janji adalah penting. Semua sumber wang yang saya dapat pada waktu itu adalah daripada dana modal kerja.
"Dana tersebut saya peroleh daripada pelabur seperti Pengarah Urusan Ewien Zenith Sdn Bhd (EZCB) mendiang Datuk Ewe Swee Kheng. Saya menyimpan sebahagian daripada sumber tersebut dalam bentuk tunai untuk membuat sumbangan kepada YB Lim," katanya.
Lim berhadapan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta, dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702, di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek itu dan dituduh melakukan perbuatan itu berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011.
Lim yang juga bekas setiausaha agung DAP itu turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 23 2022

Zarul Ahmad (kanan) berkata, beliau menyerahkan wang kepada Lim pada 2013 sebagai tanda 'milestone' pembayaran perjanjian awal daripada keuntungan projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Krisis Perubatan | Turki bakal berdepan kekurangan doktor perubatan
Turki bakal berdepan kekurangan doktor perubatan selepas ramai dalam kalangan mereka mencari peluang bekerja di luar negara. Persatuan Perubatan Turki berkata, mereka bertindak demikian dalam usaha mencari persekitaran kerja dan kualiti hidup yang lebih baik.

Banjir | Australia akan merangka pelan jangka panjang
Australia sedang merangka pelan penyelesaian jangka panjang dalam usaha mendepani bencana banjir. Perdana Menteri, Anthony Albanese berkata, ia susulan banjir yang melanda Sydney ketika ini.

Isu Minyak Masak | Permintaan minyak masak peket naik mendadak
Permintaan minyak masak peket subsidi di kawasan luar bandar di kelantan meningkat dua kali ganda selepas pihak kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak botol. Bagi pengilang yang dilantik oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tambahan kuota minyak peket subsidi diperlukan bagi memenuhi permintaan pengguna.

Bekalan Makanan | Permintaan ayam naik dua kali ganda
Permintaan ayam segar di negara ini naik dua kali ganda selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan. Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng, berkata ia selepas orang ramai dibenar menganjurkan majlis sosial seperti perkahwinan dan rumah terbuka perayaan.

Bekalan Makanan | Penjual ayam perlu lebih masa jika operasi bertukar
Kerajaan perlu memaklumkan lebih awal sekiranya memutuskan untuk menarik semula larangan eksport ayam ke Singapura. Ini kerana, banyak perkara perlu dilaksana penternak seperti mengaktifkan semula ternakan yang khusus untuk diimport. Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng berkata ternakan yang dijual untuk pasaran tempatan tidak sama berbanding tujuan import.

Banjir Baling | Memahami punca tragedi banjir di Baling
Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo, Felo Utama Lestari UKM

Pascabanjir Baling | Kerajaan Selangor hantar misi bantuan
Kerajaan Negeri Selangor hari ini menghantar misi bantuan pascabanjir ke Baling, Kedah bagi membantu usaha pemulihan keperluan asas agar mangsa yang terjejas dapat segera pulang ke rumah masing-masing. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata seramai 189 anggota dari 12 pihak berkuasa tempatan dan 20 anggota sukarelawan Selangor Volunteer (Serve) terlibat dalam misi tersebut yang dijalankan selama tiga hari sehingga Jumaat ini.

AWANI Ringkas: Jumlah mangsa banjir akibat kepala air di Baling menurun ke 495
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banjir Baling: "Musnah harta benda boleh diterima, hilang nyawa sangat pilu" - Mangsa
Penduduk Kampung Iboi kecewa kerakusan manusia menjarah alam menyebabkan mereka menjadi mangsa.

Sekuriti Makanan | Langkah mempelbagaikan sumber import
Wajar untuk kerajaan mempelbagaikan sumber import makanan dalam mengukuhkan jaminan sekuriti makanan, kata Pengasas Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Makanan dan Biobahan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prod Ida Idayu Muhamad.

Zahid Hamidi gagal tangguh prosiding pembelaan
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah dalam keputusannya berkata tiada keadaan khas untuk membenarkan permohonan Ahmad Zahid bagi penangguhan.

Najib mahu jawab afidavit pendakwaan, mahkamah tetap 29 Julai pengurusan kes
Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjawab afidavit pendakwaan yang membantah permohonannya untuk mengemukakan bukti tambahan dalam kesnya yang melibatkan dana SRC International Sdn Bhd.

Ahmad Zahid ditegur pendakwaan, jangan anggap mahkamah seperti 'kedai kopi'
Pihak pendakwaan menegur Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak menjadikan mahkamah seperti 'kedai kopi' atau mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO semasa menjawab soalan.

Permohonan Rosmah cabar pelantikan Sri Ram didengar 6 Julai
Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan perkara itu disahkan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader.

"Tuduhan Zahid berniat cemarkan reputasi saya" - Tok Pa nafi seleweng dana PRU14 seperti didakwa Presiden UMNO
Tinggalkan UMNO dan sertai Bersatu juga bukan untuk elak disiasat SPRM, tegas Mustapa.

"Pertuduhan terhadap saya bermotif politik" - Ahmad Zahid
Setiap ahli politik sangat memerlukan wang bagi melaksanakan aktiviti politik.

Saksi tak tahu jumlah wang diberi kepada Guan Eng bagi projek terowong, jalan utama
Saksi, Ibrahim Sahari, 58, juga tidak tahu tujuan dan cara wang itu diberikan kepada bekas Ketua Menteri negeri itu.

Dana YAB RM65 juta bukan hasil aktiviti haram - Ahmad Zahid
Dana RM65 juta melalui cek itu adalah hasil sumbangan daripada individu dan badan korporat bagi tujuan amal jariah, kata Ahmad Zahid.

Bayaran kepada Lim Guan Eng guna invois palsu dua syarikat tak aktif - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu pembayaran kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dibuat menggunakan modus operandi pemalsuan dokumen membabitkan dua syarikat yang tidak aktif.

Fail rayuan dapatkan rakaman percakapan saksi, Ahmad Zahid mohon tangguh prosiding bela diri
Mahkamah menetapkan 4 Julai untuk pihak pendakwaan memfailkan afidavit balasan dan permohonan itu didengar pada 7 Julai ini.