KUALA LUMPUR: Ahli politik veteran Tan Sri Lim Kit Siang menzahirkan penghargaannya kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM), yang membawa gelaran 'Tan Sri' kepadanya.
"Saya amat menjunjung kasih kepada (Yang di-Pertuan) Agong dan merasakan ia satu penghargaan," kata Kit Siang ringkas kepada pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023, bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di sini hari ini.
Dalam hantaran di akaun Facebooknya pula, Lim, 82, turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas ucapan tahniah yang ditujukan kepadanya, namun meminta supaya beliau dipanggil 'Kit' saja.
"Terima kasih pada semua atas ucapan tahniah. Saya masih suka jika semua cuma memanggil saya dengan nama Kit," kata Lim.
Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, 68, yang turut dikurniakan Darjah Kebesaran PSM membawa gelaran 'Tan Sri' menyifatkan anugerah itu sebagai penyuntik semangat kepadanya untuk berbakti kepada negara.
"Alhamdulillah, saya menjunjung kasih kepada Tuanku (Al-Sultan Abdullah) atas perkenan mengurniakan pingat Tan Sri kepada saya, dan ini akan memberikan saya semangat untuk berbakti lebih lagi kepada negara, bagi memastikan keadaan negara lebih baik dari sekarang.
"Seperti yang Perdana Menteri katakan bahawa dia sedang bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan rakyat mula faham mereka, dan saya di belakang untuk membantu merealisasikan apa yang diharapkan, insya-Allah," katanya ketika ditemui media, selepas istiadat tersebut.
Johari yang dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat pada 19 Dis 2019 merupakan antara 839 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi hari ini.
Turut dikurniakan darjah kebesaran PSM ialah 25 individu lain termasuk Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Patmanathan dan mantan Menteri Besar Kelantan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sementara itu anak sulung Nik Aziz, Nik Aini turut menzahirkan kesyukuran atas pengurniaan Darjah Kebesaran PSM yang membawa gelaran Tan Sri kepada Allahyarham bapanya.
"Syukur Alhamdulillah pada Seri Paduka atas pengurniaan yang diberi dan pihak keluarga saya amat berbesar hati dan mengucapkan berbanyak menjunjung kasih kepada Tuanku," katanya.
Nik Aziz yang juga bekas Mursyidul Am PAS, meninggal dunia pada Februari 2015.
Penyanyi dan Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair Datuk Irwan Shah Abdullah @ DJ Dave yang dianugerakan Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk, berkata penganugerahan dari Seri Paduka membuatkan dirinya akan berkerja dengan lebih cemerlang pada masa akan datang.
"Saya akan terus berkhidmat untuk negara dan membantu sesiapa yang memerlukan bantuan khususnya artis-artis di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 05 2023
Lim turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas ucapan tahniah yang ditujukan kepadanya. - Gambar/ Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Tuduhan berkongsi ideologi dengan Chin Peng adalah fitnah - Lim Kit Siang
Ahli politik veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tuduhan dia dan pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng berkongsi ideologi yang sama, adalah fitnah.
Lim Kit Siang ucap terima kasih kepada TYT Pulau Pinang
Lim Kit Siang menzahirkan penghargaannya kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang atas penganugerahan Darjah Utama Pangkuan Negeri.
1MDB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Apandi untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap penolakan Mahkamah Rayuan berkenaan tuntutan RM10 juta yang difailkannya terhadap Kit Siang.
Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah
Peguam Mohamad Apandi, M. Visvanathan ketika dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran kes itu.
Kit Siang akui mustahil bukan Melayu jadi Perdana Menteri
Bekas MP Iskandar Puteri itu berkata, perkara tersebut tak mungkin terjadi biarpun tiada larangan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Polis selesai rekod keterangan Kit Siang
Polis telah merekod keterangan veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang pada Rabu, berhubung kenyataannya berkaitan kemungkinan orang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri.
Polis rakam keterangan Lim Kit Siang Rabu ini
Ia susulan penulisan di laman blog beliau yang menyentuh isu Perlembagaan berhubung pelantikan Perdana Menteri Malaysia.
Apandi fail kebenaran merayu berhubung keputusan mahkamah tolak saman terhadap Kit Siang
Mohamed Apandi telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi meneruskan rayuannya di Mahkamah Persekutuan.
Polis sahkan terima dua laporan terhadap Siti Mastura
Polis mengesahkan menerima dua laporan terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad.
Guan Eng akan mula prosiding undang-undang terhadap Siti Mastura
Datuk Sankara Narayanan Nair dilantik untuk memulakan prosiding terhadap Siti Mastura.