Lim Kok Wing stabil, sedang terima rawatan selepas terjatuh di rumah

Astro Awani
Mei 25, 2021 08:51 MYT
Tan Sri Lim Kok Wing dimasukkan ke hospital selepas terjatuh di kediamannya dan keadaannnya kini stabil. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengasas dan Presiden Universiti Limkokwing, Tan Sri Lim Kok Wing kini sedang menerima rawatan dan berada dalam keadaan stabil, tidak seperti dakwaan yang disebarkan di media sosial.
Menurut Naib Presiden Kanan Universiti Limkokwing, Datuk Gail Phung, tokoh perniagaan itu dimasukkan ke hospital selepas terjatuh di kediamannya dan memerlukan beliau menerima rawatan.
“Kami ingin memaklumkan bahawa beliau (Lim Kok Wing) berada dalam keadaan stabil dan mohon beliau diberikan privasi untuk kembali pulih,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
Sementara itu, Pengerusi, Governing Council of Limkokwing University, Prof Datuk Raduan Che Rose berkata, sebarang penyebaran berita yang tidak sahih melibatkan seseorang tokoh seharusnya dihentikan lebih-lebih lagi ketika negara dilanda pandemik.
“Tolong henti sebarkan khabar angin yang tidak sahih. Bagi pihak Tan Sri Lim Kok Wing saya turu memohon rakyat Malaysia untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Tan Sri buat masa ini,” kata beliau kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
#lim kok wing #Lim Kok Wing stabil #terjatuh di rumah #Universiti Limkokwing #Presiden Universiti Limkokwing #Governing Council #raduan che rose