awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tim Cook beli saham Nike bernilai AS$3 juta
ByteDance dijangka belanja AS$14 bilion untuk cip AI NVIDIA H200
PSM mahu teruskan rentak cemerlang skuad takraw
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lim serah pucuk pimpinan tentukan kedudukan dalam kerajaan Pusat, Negeri

Bernama
Bernama
25/11/2021
04:33 MYT
Lim serah pucuk pimpinan tentukan kedudukan dalam kerajaan Pusat, Negeri
Lim disebut-sebut sebagai antara ADUN dari MCA yang akan dilantik sebagai exco kerajaan negeri. - Gambar fail/BERNAMA
MELAKA: Senator Datuk Lim Ban Hong menyerahkan kepada pucuk pimpinan MCA mengenai kedudukan beliau sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri susulan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini.
Beliau yang memenangi kerusi Undangan Negeri (DUN) Kelebang berkata jawatan di peringkat Persekutuan dan negeri merupakan platform untuk berkhidmat kepada rakyat serta negara, sekali gus berjanji melaksanakan amanah yang diberikan rakyat menerusi mandat yang diperoleh pada PRN itu.
"Saya perlu menghormati keputusan Presiden MCA dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), saya tidak boleh mendahului mereka untuk memberi komen, kita tunggu sahajalah keputusan dan pengumuman nanti.
"Bagaimanapun, sebagai ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) kawasan dan wakil rakyat yang dipilih, saya sudah mula menjalankan tugas dan akan melakukan yang terbaik untuk rakyat DUN Kelebang serta Melaka," katanya ketika ditemui pemberita di sini malam tadi.
Lim disebut-sebut sebagai antara ADUN dari MCA yang akan dilantik sebagai exco kerajaan negeri.
Mengulas tentang kejayaan MCA memperoleh dua kerusi pada PRN Melaka, Lim berkata ia merupakan kepercayaan dan mandat yang diberikan rakyat bukan sahaja kepada MCA, bahkan keseluruhan parti komponen dalam BN.
Beliau berkata MCA merupakan sebahagian keluarga besar BN dan wakil rakyat MCA yang diberi mandat akan bersama membantu barisan kepimpinan baharu untuk mentadbir serta mengurus kerajaan Negeri Melaka menerusi semangat kebersamaan antara parti komponen dalam BN.
"Saya yakin mandat dan kepercayaan ini akan digunakan untuk kami melaksanakan amanah yang diberikan termasuk menunaikan manifesto yang dijanjikan terutama membantu Melaka dari segi pemulihan ekonomi selepas pandemik," katanya.
Sabtu lalu, Lim menang dengan majoriti 876 undi selepas menewaskan Bakri Jamaluddin (Perikatan Nasional) dan Datuk Gue Teck (Pakatan Harapan).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#Lim Ban Hong
#Barisan Nasional
#Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan