MALAYSIA
Lima anggota disyaki ugut wanita Taiwan, polis buka kertas siasatan
Lima anggota terbabit telah ditahan sebelum ini, namun permohonan reman terhadap mereka ditolak mahkamah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan tatatertib terhadap lima anggotanya yang disyaki terbabit dalam kejadian memeras ugut seorang wanita warga Taiwan di kawasan SS2, Petaling Jaya baru-baru ini.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Jaafar berkata lima anggota terbabit telah ditahan sebelum ini, namun permohonan reman terhadap mereka ditolak mahkamah.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan tatatertib juga dibuka sebagai siasatan selari.
"Setakat ini semua anggota terbabit telah ditukar ke penugasan lain sementara siasatan dijalankan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita warga Taiwan menerusi perkongsian di laman sosial, mendakwa diperas ugut semasa ditahan anggota polis ketika sekatan jalan raya di kawasan SS2, Petaling Jaya pada 7 Julai lepas.
Shahrulnizam berkata siasatan awal mendapati kejadian terbabit berlaku ketika pemeriksaan sekatan jalan raya secara mengejut di lokasi berkenaan.
Beliau berkata pihaknya masih dalam proses untuk berhubung dengan mangsa kejadian bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Polis membuka kertas siasatan tatatertib terhadap lima anggota yang disyaki memeras ugut seorang wanita warga Taiwan semasa sekatan jalan raya di SS2, Petaling Jaya pada 7 Julai. Kes turut disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
- Permohonan reman terhadap lima anggota terbabit ditolak mahkamah dan mereka telah ditukar ke penugasan lain sementara siasatan dijalankan. Polis masih berusaha untuk menghubungi mangsa bagi membantu siasatan.
- Kejadian berlaku semasa pemeriksaan secara mengejut dan dilaporkan oleh mangsa melalui media sosial. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya mengesahkan siasatan sedang dijalankan secara selari melibatkan aspek jenayah dan tatatertib.