awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
Mitsubishi Xforce rasmi dibuka untuk tempahan, harga bermula RM110,000
Sekatan ekonomi bukan halangan Iran perluas dagang dengan Malaysia - Duta Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima cedera bas persiaran terbabas di Jalan Duta

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
12/06/2024
02:15 MYT
Lima cedera bas persiaran terbabas di Jalan Duta
Keadaan bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan berdekatan Plaza Tol Jalan Duta menghala ke Kuala Lumpur. - Foto JBPM
KUALA LUMPUR: Seramai lima individu mengalami kecederaan selepas bas persiaran dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan berdekatan Plaza Tol Jalan Duta menghala ke Kuala Lumpur.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Salleh, kejadian berlaku jam 6.50 pagi, pada Rabu.
"Siasatan awal mendapati, semasa pemandunya sedang memandu di lorong tengah bas berkenaan telah hilang kawalan lalu terbabas sendiri ke bahu kanan jalan.
"Akibat kejadian itu, pemandu bas dan pembantu pemandu bas mengalami kecederaan ringan.
"Ketika kejadian terdapat seramai empat orang penumpang, tiga orang mengalami kecederaan ringan manakala seorang lagi tidak cedera," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Sarifudin berkata, kesemua yang cedera ringan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.
Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
Topic Berkaitan
#Nahas
#bas persiaran
#cedera
#Plaza Tol Jalan Duta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan