NATIONAL

Lima cedera, nahas empat kenderaan di LPT1

Sinar Harian 20/05/2024 | 02:35 MYT
Keadaan kereta jenis Honda City dan Proton Saga yang terlibat dalam nahas empat kenderaan di Kilometer 140.9 LPT1 arah barat, Maran, hari ini. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Lima termasuk kanak-kanak lelaki dan seorang wanita dilaporkan cedera selepas terbabit dalam nahas melibatkan empat kenderaan di Kilometer 140.9 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah barat, Maran hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, dua daripada mangsa hanya cedera ringan.
Menurutnya, kemalangan melibatkan kereta jenis Proton Saga, Honda City, Perodua Alza dan sebuah motosikal.
"Pihak bomba menerima laporan kejadian jam 6.49 pagi sebelum lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran ke lokasi untuk operasi menyelamat.
"Bagaimanapun semua mangsa telah dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan bomba di lokasi," katanya.
Keadaan Perodua Alza yang terlibat dalam nahas empat kenderaan di Kilometer 140.9 LPT1 arah barat, Maran hari ini. - Foto Sinar Harian
Keadaan motosikal yang ditunggang salah seorang mangsa yang terlibat dalam nahas empat kenderaan di Kilometer 140.9 LPT1 arah barat, Maran, hari ini. - Foto Sinar Harian
Zulfadli berkata, pihak bomba melakukan kerja-kerja pemantauan di lokasi manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh menggunakan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba untuk menerima rawatan. - Sinar Harian
#LPT1 #JBPM Pahang #nahas empat kenderaan #Maran