awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembinaan kompleks sukan di Kuala Muda bukan projek baharu - Mohammed Taufiq
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Berjaya Assets lantik menantu Vincent Tan sebagai CEO baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima daerah di Sarawak jadi penyumbang terbesar kes positif COVID-19

Bernama
Bernama
23/06/2021
20:46 MYT
Lima daerah di Sarawak jadi penyumbang terbesar kes positif COVID-19
Sarawak mencatatkan 577 kes baharu positif COVID-19 pada Rabu dengan 300 kes atau 51.99 peratus kes dikesan di lima daerah iaitu Kuching, Pakan, Bintulu, Kanowit dan Meradong. -Gambar fail
KUCHING: Sarawak mencatatkan 577 kes baharu positif COVID-19 pada Rabu dengan 300 kes atau 51.99 peratus kes dikesan di lima daerah iaitu Kuching, Pakan, Bintulu, Kanowit dan Meradong.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan daripada jumlah kes baharu itu, 297 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif; saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (190 kes); lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (55 kes) dan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan (35 kes).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak ialah 61,566.
Menurut JPBN tiga lagi kematian direkodkan semalam menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 meningkat kepada 392 orang.
Dalam kenyataan sama, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengisytiharkan empat kluster baharu iaitu kluster Sungai Kotak (Meradong), Kluster Nanga Tada (Kanowit), Kluster Jalan Kuala Tatau (Tatau) dan Kluster Tanjong Lelengau (Pakan), masing-masing melibatkan komuniti rumah panjang.
Kluster Sungai Kotak (Meradong) melibatkan upacara pengebumian dengan 101 individu telah disaring dan 34 daripada mereka dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 25 kes didapati negatif dan 42 kes lagi masih menunggu keputusan makmal.
Kluster Nanga Tada (Kanowit) pula melibatkan upacara 'miring' prasambutan gawai membabitkan tiga rumah panjang.
"Sejumlah 179 individu telah disaring dengan 107 didapati positif, 70 kes negatif dan dua kes masih menunggu keputusan makmal," menurut kenyataan itu.
Menurut JPBN, Kluster Jalan Kuala Tatau (Tatau) dan Kluster Tanjong Lelengau (Pakan), masing-masing mencatatkan 22 dan 52 kes positif merupakan kluster komuniti yang dikesan melibatkan rumah panjang akibat pergaulan sosial dan kontak rapat dalam kalangan penduduk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sawarak
#kes positif
#Kuching
#Bintulu
#jumlah kematian
#kontak rapat
#COVID-19
#JPBN
#jabatan kesihatan
#miring
#gawai
#Kluster Sungai Kotak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan