[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

Lima dicekup disyaki terlibat pencerobohan Hutan Simpan Batu Talam

Ernalisa Othman 01/05/2025 | 05:20 MYT
Lima lelaki termasuk empat warga Indonesia ditahan disyaki menceroboh Hutan Simpan Batu Talam di Mukim Tras, Raub. - Foto PDRM Raub
KUANTAN: Lima lelaki termasuk empat warga Indonesia ditahan disyaki menceroboh Hutan Simpan Batu Talam di Mukim Tras, Raub semalam.

Ringkasan AI
  • Polis menahan lima lelaki, termasuk empat warga Indonesia, yang disyaki menceroboh Hutan Simpan Batu Talam di Raub.
  • Pemeriksaan menemukan rumah kongsi yang didiami tiga warga Indonesia, serta dua individu lain yang ditemui di kawasan terbabit sebelum kesemua suspek dibawa ke balai polis untuk siasatan.
  • Kes ini disiasat mengikut Seksyen 88(1), dan polis meminta kerjasama orang ramai untuk melaporkan sebarang aktiviti pencerobohan hutan.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira 5 petang sebelum sepasukan polis ke lokasi terbabit.
“Pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar menemukan sebuah rumah kongsi didiami tiga warga Indonesia.
"Justeru, polis menahan kesemua lima lelaki berkenaan yang berusia antara 40 dan 65 tahun serta menghubungi Pejabat Hutan Daerah Raub untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata semasa di kawasan berkenaan, polis telah terserempak dengan seorang lelaki tempatan yang memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda dan seorang lelaki warga Indonesia menunggang motosikal.
“Kesemua tangkapan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Raub untuk membantu siasatan pihak kami.
“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 88 (1) Akta Perhutanan Negara 1984.
"Sekali lagi kami mengharapkan Kerjasama orang ramai yang mnegetahui aktiviti haram ini untuk terus menghubungi pihak polis di talian 09-355 2222," tambahnya.
#ceroboh Hutan Simpan Batu Talam #Polis Raub #warga Indonesia #Akta Perhutanan Negara