KAJANG: Polis menahan empat lelaki dan seorang wanita kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjatakan parang di sebuah klinik gigi di Bandar Baru Putra, Bangi, dekat sini, pada Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata daripada lima suspek yang ditahan, dua daripadanya merupakan suspek utama berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di premis itu.
Menurutnya, dua suspek itu ditahan di sekitar Sungai Tangkas, Kajang pada 4.58 petang semalam.
Beliau berkata manakala tiga lagi individu iaitu seorang wanita, seorang lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki tempatan turut ditahan di sekitar Kajang kerana mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.
"Wanita yang ditahan merupakan bekas isteri seorang daripada suspek utama dan didapati memiliki barang kemas manakala lelaki warga Bangladesh pula ditahan kerana membeli dan memiliki telefon bimbit kes berkenaan. Seorang lagi lelaki ditahan adalah pemilik motosikal yang digunakan suspek ketika itu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, di sini, hari ini.
Mohd Zaid berkata kesemua mereka yang ditahan berumur lingkungan 22 hingga 47 tahun dan polis turut merampas dua bilah parang, dua beg galas, dua topi keledar dan sebuah motosikal Yamaha R15 yang digunakan suspek dalam kejadian itu.
Selain itu, beliau berkata polis turut merampas tujuh telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah komputer riba, seutas rantai emas dan sebentuk cincin yang dilarikan suspek.
"Dua suspek utama masing-masing mempunyai 12 dan dua rekod lampau jenayah berkaitan dadah dan samun bersenjata dengan seorang daripada mereka baru sahaja dibebaskan daripada hukuman di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959, September lepas.
"Kesemua suspek kecuali lelaki warga Bangladesh, positif dadah hasil ujian saringan air kencing dan mereka kini direman selama lima hari sehingga 14 Nov bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata," katanya.
Terdahulu, tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup premis berkenaan berhubung kejadian itu apabila suspek bersenjatakan parang telah masuk dan merompak pekerja dan pelanggan klinik gigi tersebut, bagaimanapun mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 10 2022
Daripada lima suspek yang ditahan, dua daripadanya merupakan suspek utama berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di premis itu. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Lima ditahan samun bersenjata parang di klinik gigi
Polis menahan empat lelaki dan seorang wanita kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjatakan parang di sebuah klinik gigi di Bandar Baru Putra, Bangi, dekat sini, pada Isnin lepas.
Samun klinik gigi, 2 lelaki ditahan, 2 lagi diburu - Polis
Polis menahan dua suspek lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat kes samun sebuah klinik pergigian di Taman Melati, di sini, semalam.