awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima fakta menarik tentang Al-Quran dan Sains

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
07/05/2020
23:00 MYT
Lima fakta menarik tentang Al-Quran dan Sains
Al Quran bukanlah buku sains, tetapi di dalamnya terkandung fakta sains yang tidak boleh dinafikan. -Gambar hiasan
SEMEMANGNYA tidak dinafikan kesinambungan ajaran Islam yang diturunkan kepada Rasulullah SAW lebih 1,400 tahun yang lalu sentiasa mengenai fakta ilmuan semasa dunia hari ini termasuk kemajuan teknologi sains.
Ramai saintis terpegun dengan ketepatan Al-Quran dalam mencatatkan fakta sains walaupun ia adalah kalam yang dilihat terasing daripada teknologi sains ketika itu.
Berikut adalah beberapa fakta yang diperakui bertepatan dengan ilmu sains yang terkandung dalam Al-Quran.
Kejadian Manusia
Ahli biologi dunia menemui bahawa penciptaan manusia adalah terjadi dengan gabungan sperma dan ovum yang membentuk zigot.
Penemuan ini adalah hasil kajian yang dibuat oleh ilmuan barat pada 1940.
Proses ini diterangkan dengan jelas oleh Al-Quran dalam surah Al-Mukminun 12-14:
“Lalu Kami menciptakan anak keturunannya berkembang biak dari air mani yang tersimpan kokoh dalam rahim hingga waktu kelahirannya.
“Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh iaitu rahim dalam perut perempuan.”
Peredaran matahari dan bumi
Sejak sekian lama para saintis telah mengkaji dan membuat kesimpulan bahawa planet-planer mengelilingi matahari manakala bulan mengelilingi bumi.
Mereka juga mendapati bahawa kesemua planet-planet dan bintang mempunyai garis peredarannya sendiri.
Hal ini juga telah dijelaskan oleh Al-Quran sejak lebih 1,400 tahun dahulu.
“Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).” -Al Anbiya 33
“dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui." -Yaasin 38
Alam semesta yang berkembang
Pada abad ke-20 seorang ahli fizik dari Rusia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi George Lemaitre telah membuat satu penemuan yang mengejutkan bahawa alam semesta ini tidak statik sebaliknya terus berkembang dari semasa ke semasa.
Ini juga telah dinyatakan oleh Al-Quran dalam surah Ad Dariyat ayat ke-47
“Dan langit itu kami bangunkan dengan kekuasaan kami dan sesungguhnya kami benar-benar meluaskannya!”
Kekuatan dan rahsia besi
Ahli astronomi moden mengakui bahawa logam besi yang ditemui di bumi ini adalah bukan berasal dari bumi sebaliknya ia adalah dari bintang-bintang raksasa di luar angkasa sana.
Al Quran menerangkannya dalam Surah Al Hadid ayat 25:
“Dan kami menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai manfaat bagi manusia”
Cap jari
Dunia hari ini mengakui bahawa sekalipun manusia telah wujud sekian lama dan jumlahnya berbilion namun fakta mengenai cap jari manusia sangat ajaib.
Al-Quran bukanlah buku sains namun ia telah dinyatakan mengenainya sejak sekian lama dalam surah Al Qiyaamah 3-4
“Patutkah manusia menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
“Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
Semoga Ramadan ini mendekatkan diri agar lebih baik kepada agama dan menjadikan anda seorang hamba yang lebih taat kepadaNya.
Topic Berkaitan
#alam semesta
#cap jari
#Islam
#kejadian manusia
#peredaran matahari dan bumi
#Ramadan
#Sains
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan